31 December 2010

HAPPY NEW YEAR


sakit mata dow tengok gambar kelip - kelip cam kat atas ni. kan? kan? kan?

eksaited sangat aku nak sambut tahun 2011 ni. aku pon tak tau kenapa. tapi memang aku eksaited. padahal, tak ade ape yang best pon..( yeke?) erm.. agaknya laaaa
macam tahun - tahun sebelumnye. sambut new year di rumah. T__T. sadisssssssss. huhuhu. En. Bee cakap, aku " tak muda" sebab tak lepakking. dah tu, dok ngan parents, macam mana nak hang out? tol dak?


by the way, apa azam baru korang? nak jadi baik ke? nak jadi jahat ke? nak jadi jahat ke? apa - apa pun, kita kena tanam  azam baru. and, azam baru tu mestilah yang baik - baik okee. jangan nak berazam " saya nak jadi pencuri yang berjaya tahun ini". memang nak mati cepat kalo anda tanam azam cenggitu. hahahaha.

and lagi satu, bila kita berazam, kena la tanam dalam hati and buat betol - betol, baru la akan tercapai. insyaAllah. kan? so, azam tahun baru saya untuk tahun ini ialah kurus kan badan. YES! aku akan buat betoi - betoi ( betol ke?) hahhahah. sebenarnye, tiap - tiap tahun, ini lah azam aku. tp tak jugak kurus - kurus. sadisssss. lalalalal. 

to all of u, HAPPY NEW YEAR.
peace!

25 December 2010

cari kerja

HAPPY  CHRISTMAS TO WHOM CELEBRATE CHRISTMAS DAY

ini kisah saya mencari kerja di area kL pada hari Jumaat.


mula -mula cari kat Reject Shop. tapi depa nak Full Time sahaja. ( tak minat)



aku pon tak tau kenapa aku suka amek gambar :)



hamek ko. sampai ke pavilion aku cari keja. tapi hampa :(


ni peneman saya semasa mencari kerja





taraaaaaaaa!!! saya di taman bunge. lalalalalal


nak jugak bergaya cam model. okee. saya model yang failed. hahahah




ni dalam toilet pavilion. siap ade sofa lagi taw. kan best kalo sume toilet kat Malaysia ni cam dalaM toilet kat pavilion. hahahhaha


kalo nak masok minang saya, RM 19.00 shj. siap ade diskaun 70 % sempena end of teh year. muahahhah


gambar lebih bnyak dari caption. hahha. niat dari rumah memang nak mencari keja. tapi bila da jumpa dengan sahabat yang otak sama gilo bergambar, memang gini la jadiknye. :)
keja x dapat, gambar je berlambak. hahahah 


bila kebosanan telah tiba.

ini semalam punya kisah.


selepas dapat lesen perlepasan daripada mak untuk ke kolej, aku pon angkat punggung la dari cashier tuh.
tetibe mak sowh pegi kolej. apakah?? sedangkan pada hari itu aku tak ade kelas pon. hahah.
bedal jela.....
zup zap zup zat aku bersiap ( laju la konon ).
.
pakaian. SIAP!
make up. SIAP!
kasut. SIAP!
ambil kunci kereta, panaskan enjin. tunggu 5 minit ( sambil berfikir kemana arah tujuan )

"nak gi mane ek?. xkan kolej kot? aku bukannya ade kelas pon... dok umah boring pulok"
ermmmmmmmmmmmm
rasa bosan mula datang. aku pon keluar la dari tapak parking. membawa kereta tanpa arah tujuan, sambil - sambil tu ade jugak otak aku berfikir mencari tempat untuk melepak.

" arggghhhhh. bedal jela. rase cam nak gi MPH. pegi jela. tapi MPH yang kat mane nak pegi ni"

sesampainya aku aku di tempat biasa yang selalu aku park kereta. KTM "kesayanganku". tujuan aku adalah Midvalley. niat nak pegi MPH sebab nak bace novel free. hahhaha. jahat giler aku ni. nak yang free aje. sowh beli tak mau!.

aku ke Midvalley sorang - sorang je okee ( kesian btol ) hahhaha. saje pegi sorang- sorang sebab kawan2 aku ni bukan la kaki novel cam aku. kalo aku ajak depa teman aku baca novel semata - mata, memang tak kan di layan la ajakan aku itu ye... sumpah lame giler weyh tak bace novel T___T
rindu giler weyh...!!!!!

last novel aku baca ialah "Cinta Kau dan Aku". itupon pinjam orang punye. (",
last aku beli novel ialah novel bla bla bla. ntah aku pon dah lupe bila and what kind of novel sebab da lame giler!! LOL.

mula - mula sampai Midvalley, aku dok bejalan la sampai rasa nak tercabut da kaki ni. sebenarnya nak cari MPH, tapi da lupa di manakah tempatnya. sebab da lame tak pergi MPH kat situ.

nak dekat 3 jam aku berjalan, baru la jumpa mende-alah-tu. rupa - rupanya di bawah sekali seyh. ^__^.  masok - masok je, terus cari novel terbaru dan terhangit.
4 novel aku rembat

1. AD + IZ
2. MASIH SETIA
3. PRINCE CHARMING
4. OMBAK RINDU

ber jam - jam jugak la aku dok melangok kat tempat tu sambil bace buku tuh. novel no 1 best. lawak dan sangat terhibur. karangannya sangat sempoi. no 2, no komen la sebab aku baru baca sampai bab 1 kot. tu pon tak abes lagi. no 3 lagi la aku nngak tawuk! ngak di baca sama sekali sih. no 4 tu de best, de bom n de world. :p

tapi sume itu saya ngak beli ya... keji sungguh perangai saya ni :p . jangan tiru aksi saya ini okee. ( membaca tanpa membeli )

eyh?? ape ni? hahha. abaikan.. aku memang suka ambik, tapi tak belek pon ;p

lepas raaaaaseee da boooooorink bosan, dengan muka tak bersalah, aku pon keluar.
^___^
(ntah-pape punye perangai)

20 December 2010

..:: DERMA ORGAN ::..

derma adalah satu amalan yang sangat baik untuk kaum manusia. tak kira la dari kaum ape, agama dan keturunan ape sahaja. yang pasti derma adalah melambangkan sifat pemurah dan baik hati. kan? kan?
setiap tahun mesti Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan kempen derma organ kan? aku nk joint mende alah tu. tapi aku tw mesti aku x layak. ( kenapa )? teruskan membace.

aku ni xde la pemurah sangat sebenarnye. tapi kedekut sangat pon tak jugak kan. kadang2 aku kena saving jugak untuk mase depan aku. ye dak? hahaha. merapu!

cerita pasal derma organ ni plak. aku pon x tw la cane nak derma organ or darah ni. tapi aku terpaksa rajin - rajinkan diri untuk meng-google cara - cara nya.


""Isikan maklumat diri anda dan pilihan organ atau tisu yang hendak didermakan, nama waris serta tandatangan anda. Borang yang telah diisikan dan ditandatangani boleh dihantarkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional""


back to da story mory. sebenarnye motip aku bagi tajuk entry " derma organ" ni, bukannya aku nak derma organ dalaman aku yang seperti KKM perlukan. 
tujuan utama aku adalah untuk menderma lemak's yang sememangya saya tak perlukan lagi. da terlebih. huhuhuh. rase cam malu je bile kuar umah. ade je cam tak kena pada diri ini. serba serbi membesar ke tepi T__T . kalo mmbesar keatas xpe jugak. sebab itu lah KKM tak nak terima. sebab depa xmo lemak's. haha. ni la hasilnye bile da dok umah je. makn lepak2 tido. oooooooooo memang mantops la bdn aku ckp ko! sesape yang kering kerempeng tu kan, amalkan la tips tersebut.

nak gemokzz memang sekejap je hasilnye akan dapat ye tuan- tuan dan puan - puan. duduk, makan tido makan tido makan tido . dalam mase seminggu kompom naik 20 kilo hahahha. kalo nk kurus, kemain susah lagi tu. nk kene senam la, sit up la, diet la, bla bla bla bla bla. berbulan, baru la nmpak hasil yang lumayan        ( kalo rajin amalkan )

aku rindukan zaman bizi aku dulu sewaktu di kolej. tak ingt makn ko! mkn sehari sekali je! tu pon kalo aku ingt nak makan. sekarang ni, da lain. sebab sem ni aku ade satu subjek sahaja. so. kelas seminggu sekali jela. the rest, memang aku lepak kat umah ler. tak pon, kat kedai bapak aku. kalo lepak kedai bapak aku, segala macam jenis jajan aku rembat. mane x naik berkilo - kilo aku cakap ko.

suda takut nak naik mende alah ni. :(


kalo kedai mak aku pulak, memang segala jenis lauk pauk terhidang kat restoran tuh. tabole tahan ini NAFSU SERAKAH maaaaa... cam sumenye aku nak bedal masok dalam perot. 
hasilnya, makin kedepan la gamaknye tummy ini.
terpaksa cover kalo nak kua umah. seksa idup! -__-"

i need to diet! diet yang serius. bukan main2 dah. 
arini aku menahan nafsu untuk makan nasi.
*tp da makan maggi*
lagi la banyak kolestrol dan lemak ye dak?
haish.. ape daaaaaaa!!

oke2. pasni aku xnak da dengar kata - kata hasutan nafsu serakah ni. menjejaskan kesihatan betol. 


Btw, to all readers or bloggers, please share with me some tips to keep slim n healty diet. 
(hanya nasihat yang berguna akan di amalkan)
ngeee..




18 December 2010

10 Jenis Lelaki Berbahaya





malas menghapdet belog. so, copy n "teh" jela sumber yang aku dapat. 


motip : berkongsi ilmu dengan  rakan sejenis. :) mungkin serba sedkit boleh membantu.


Ini tips untuk wanita. Anda kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang tertera di bawah. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuatkan hidup anda bermasalah macam mereka juga.

1. Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.

2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.

4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.

6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri.
Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.

9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.





p/s : kene berhati2 ye.. :D

16 December 2010

Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



rangkap pertama n kedua its the best song ever lah i told u! tp bile la msok rangkap ke 3, tetibe rase cam sedih plak. huhuh. don't u think so? aku suka sangat dengan lagu ni. rase cam ari - ari dengar pon takpe. tapi rase cam nak buang je rangkap ketiga dan seterusnya tu ( sesuka hati aku je ) hahhaa. tapi sebenarnye, itulah realiti hidup dalam berpasangan kan? kan? kan? 


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ketentuan Tuhan 


yes! segalanya ketentuan tuhan. bercinta bagai nak rak pon, kalo bukan jodoh. memang akan terlerai juga. correct me if i'm wrong :)






p/s: Bagi yang tengah hangat bercinta, luangkan sedikit masa untuk mendengar lagu ni. besh! :D
bole donlod kat  sini  juge

12 December 2010

mak balik kampung.

mak balik kg ari ni. desinasinya ialah SURABAYA. 
tiap2 tahun mak pulang. aku n adik2 je yang da jarang pulang. skung ni da masuk 3 tahun kot. 
lame tuuu... huhuhu. kerinduan pada suasana kampung sudah terpancar di ruang minda. bukan sayang duit untuk pulang or bukan da lupakan kampung. tapi disebabkan kami busy terhadap pelajaran dan juga bisnes, maka ianya membataskan kami untuk pulang ke kampung halaman.

mase dalam kete, adik aku yang no 3, da nanges2. nak ikot! nak ikot! nak ikot!. padahal mak balik kampung 9 hari je. bukan nlame mne pon. huhuh.
dari dalam kete, sampai la masuk LCCT, xlut jugak pujukan mak aku. 
ble mak aku da nk check in baru la adik aku tu benti majok.
rupa- rupanya mak aku janji nak bagi duit pas kembali dari kampung. ermm. patut lerrrrrr..
$$$$$

ni kat depan pintu LCCT. 
giliran mak pulok.


saye pon nak jugak menyelit. :p




saya sayang mereka




kabur la plakzzz..

mak da masuk balai perlepasan, baru la adikku yang bongsu n manje ni merengek nges. nk ikot, nk ikot!. puas saya pujuk. x lut. last2 nanges sampai tertido dalam kereta.
n now, bermula la kehipanku sebagai baby sitter selama 9 hari.
menghitung hari.......................
lalalala.
*borink*

11 December 2010

10 Cara Romantik Mohon Maaf

sebelum membaca lebih lanjut, kena click kat sini dulu. sangat berbaloi- baloi tw.

pengguna digi di wajibkan click  DIGI



penah buat pasangan korang marah tak? dorang penah merajok tak? tak taw camne nak pujuk dorang? ni aku kongsi 10 Tips untuk korang. bole pilih mane suke. kalo korang ni bukan jenis romantika, cube la buang sikit ego tu kan? untuk kebaikan korang jugak kan.. kate sayang kat pasangan.. hehehe. sanggup buat ape sahaja demi orang tersayang kan? x salah cube tips2 ni. mesti si Dia terharu gile lah!


muka akan jadi comel bile majok. 
*PEREMPUAN SHJ*
sape setuju?
yes! saya setuju. muahahahaha

1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.

2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.

3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.

4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.

5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.

6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.

7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.

8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.

9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.

10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.

~seLamaT mEncubA~

nak cantik versi eis


 semalam hari jumaat! ayah saya pergi masjid untuk sembahyang jumaat. so, aku la yang ganti beliau di kedai. di kedai sangat la boran bosing okee!! x ramai pelanggan semasa solat jumaat. maklum la, kaum Adam mengerjakan solat Jumaat. aku yang da mati kutu kat kedai tu, start tengok2 barang yang ade kat kedai ( konon check stok ) haishhhhh........... bosan jugak !

buka peti ais, tengok2, intai2, mane la tw kan, ade mende yang leh di buat eksperimen ke. huhuhu. okee.. saya jumpa limau nipis. amek sebijik. potong2. sebenarnye x tw nak buat ape. so, buat jela ape yang terlintas kat otak ni.

 :: STEP 1 ::
ini ialah limau nipis yang da di potong. ( saje bagi tau. ) ahahah

 :: STEP 2 ::


oleh kerana bosan yang teramat, ini lah jadik nye. gosok kat jari dan tangan. 
*motif : nak bagi kuku bersih dan cantik.
 :: STEP 3 ::
gosok - gosok. sental sikit - sikit.

:: STEP 4 ::
kalo ade tangan yang macam luka - luka sikit, memang agak pedih la jugak. so, tahan jela. nak cantik kan??

taraaaaaaaaaaaaaa!!!!!

:: HASIL ::

cantik dan bersih kan?? ++ wangi
(masuk bakul angkat sendiri.)
*pEraSaN*
: D

limau ni banyak kebaikannye. selain mencantikkan dan membersihkan kuku, ia juga boleh mewangikan rambut yang berbau agak x sodap. hahaha. for further  info, bole refer kat SINI.

SELAMAT MENCUBA!
******************************************
okee. tangan da cantik. eceh. TERperasan pulok. hahhaha. pastu x tw da nak buat ape. 
tetibe teringat plak LOLLIPOP pemberian En. Bee.
balik umah jap ( umah dekat nan kedai )

da gigit sikit -sikit.



selepas 3 jam!
  da x cantek da. huhuh. sayangnye!
: (

last skali, x abes jugak. sebab besa sangat. nak bagi kat adek, tp mne tah dye menghilang. simpan dalam peti. sambung esok2 plak. hahaha.


05 December 2010

berpisah jua..

assalamualaikum readers..
kali ini entry pasal perpisahan. ala... cam lagu abang angkat aku tu.. Shahir ! wahahah ( perasan ) Perpisahan Dalam Kebahagiaan.. besh kan lagu tu?
setiap pertemuan, pasti ade perpisahan right? itu lah lumrah, nak atau tidak, perpisahan pasti akan terjadi. kadang - kadang kita berpisah sebab ajal telah menjemput, kadang - kadang berpisah sebab sudah tidak sehaluan mungkin juga jodoh tak panjang.

ingat lagi waktu sekolah dulu - dulu. mase perpisahan guru je, mesti berkumpul untuk say good bye. member2 aku siap nanges - nanges lagi tu. tapi aku tak. sedih tu memang la sedih kan, tapi tak tw la kenapa air mata aku ni mahal sangat. hahhaha ( hati batu ) teringin juga nak nanges bile cikgu berpindah, tapi tidak bole daaaa...

okee. perpisahan pasal cinta plakz.. jeng jeng jeng... spe yang x pernah bercinta, angkat tangan plz.. hhehe
saya ! saya ! (sambil angkat tangan) hahha.TIPU !

Aku suke bila tengok relationship couple2 lain, mencecah tahun2. penah jugak aku tengok relation couple ni sampai 10 thun. da nak dekat 11 tahun kot. ingatkan tipu. rupa2nya memang btol la weyh. siap ade pic dari sekolah lagi tuuuu. rase cam syok je tengok. mesti dorang bahagia kan. klo x, xkan la sampai bertahun - tahun. btol tak? aku sagat teruja taw bile tengok relationship orang yang bertahun - tahun ni. otomatik mulut aku akan say " waaaahh, lme da ". nak taw sebab ape? sebab aku x pernah merasa couple bertahun - tahun ni. huhuhu. lalalala..

tapi kannnnnnnn, yang selalu bermain di fikiran  ku ialah,

" x bosan ke couple lame - lame ni? "
teeeeeeeeeeeeetttttt.

pape pon, jodoh pertemuan takdir tuhan. BETOL TAK??? even kita couple bertahun - tahun sekalipon, belum tentu dia jodoh kita hingga akhir hayat kan? belum tentu jugak kita akan kawen dengan pasangan kita tu kan? couple bertahun  - tahun, but, break juga. tidak rase itu satu pembaziran? bazir mase, duit, n so on.. kadang hubungan tu akan terlerai tanpa sebarang ikatan pon ( tunang ). ade jugak, da kawen, tapi baru beberapa bulan da bercerai. bile da bercerai, sebagai wanita, kita terpaksa naik pangkat sebagai janda. sesetengah orang, akan pikir, gelaran janda ini ialah gelaran yang tak bagus. tapi ade jugak yang think positive ;) . kalo couple or tunang, even da break, kt x perlu mengusung gelaran janda. :D

break again !!


ngeri taw kalo pk pasal perpisahan ni. naik bulu roma aku. honestly, perpisahan yang aku paling takut sekali ialah, perpisahan dengan keluarga. Ya Allah, pnjangkan lah umur kami sekeluarga.

tapi sebenarnye, aku lebih suka, kalo terus kawen. means, xde couple2, xde tunang2, trus kawen. ala.. cam orang dulu -dulu. zaman mak - mak kite. even bukan pilihan mereka, InsyaAllah jodoh berkekalan. rasenye, couple ni x perlu kot ( ecececece. cermin diri ckit ) hahhaha.


kawan karib aku, da pon mengikat tali pertunangan bulan lepas. tapi aku x sempat hadir atas sebab - sebab yang x dapat di elakkan. rasenye baru kenal 2 bln lbh ko. trus tunang. bagos! heheh. aku ni?? nehi - nehiiiii.. belum waktunye lagiii.. lalalallala. pelan2 kayuh ye. okay la.. saya da penat taip da ni. ( padahal bnyak lagi nak membebel. ) hhaha :D

Semoga anda berbahagia bersama pasangan hingga akhir hayat. amin..

04 December 2010

Genting Highland vs Bukit Tinggi.



cantek kan Genting ni??

tengah kompius memikirkan tentang percutian untuk mase akan datang ni. sama ade ke Genting or ke Bukit Tinggi.  aku slalu gi Genting. so far, aku rase environment nye, sangat - sangat la ok. memang puas hati and mantopss la kalau ke sana. sebab nye, macam2 aktivity di sediakan. kiranya, memang tak rugi la kalau nak menginap 3 hari 3 malam pon ( tetibe). :P

Bukit Tinggi plak, aku belum pernah jejak lagi. tapi memang da pasang angan - angan sejak 4 bulan yang lalu. itu pon sejak aku tengaok percutian member FB aku g Japanese Village. aku tengok pemandangan dia cam best je. so, rasa ingin pergi tu jadi membuak - buak. then, aku dapat tawaran ke sana pada bulan 9 kot. ntah la. x bpe nak ingat. en. Bee yang mengajak pergi bersama office mate die la. memang da plan nak pergi. tibe - tibe last minutes cancel di atas sebab2 yang memang tak dapat di elakkan. 


ala - ala France gitu.. 


so, now, we are going to holiday.. heheheh. but the question now is, best ke Bukit Tinggi tu?? anybody can answer me?? 

tp aku memang teringin sangat la nk gi sane. nk jejak kat Japanese Village walaupun seminit pon jadik la. lagi satu, aku teringin nak pakai kimono. dengar cam RM 20 skali pkai. tp x tw la. kne g sane dulu. huhuh hahha. gile kempunan aku ni. tp takut menyesal plak klo x best... wuuuuuwuuuwuuu. :p


ni dia Japanese Village yang ku maksudkan..

uolz rase jauh x? sempat tak kalo balik hari? aku dengar2 kalo sewa hotel, mahal katanye. yela, sumenye hotel ala2 5 star punye. memang la mahal. tp keselesaan terjaminnnn.. ( thumb up )

tapi tidak pasti lagi tarikh kami akan sampai ke sana. sebab masih dalam perancangan. plan minggu depan akan sampai. InsyaAllah..

Bukit Tinggi, here we comeeeee!!!

27 November 2010

panas!!

hari ni kan, aku rase badan aku macam pnas giler!! adakah sebab cuaca hari ini yang sangat panas, or disebabkan aku kene ujan semalam? or sebab aku terlampau penat sebb semalam sehari suntuk aku bershopping sakan? best shoppink semalam.. muahahha.. seminggu 2 kali g mengabiskan duit di mall? gilo ka?? but its ok, untuk kepuasan diri jugak ( menyesal sebenarnye :-( ). hari selasa tuh, saya bershoppink jugak dengan syazatul. menghabiskn duit mak pak. ( klo mak aku tw, kene lempang jugak aku ni )

d kenny rogers  :D. air stoberi yogert kat sini the best ah!


ita dn rahimi. ini tyme shoppink ari selase


ni plak tyme shopping ari jumaat ( semalam ). muke blur cover ayu. muahahah

\uolz tw x muke penat camne? camni la. muke xleh bla. wakakak !


 di andalus. 


hanya aku dan blur yang tw motif gambar ni. :p

selepas puas abeskn duit di mall, aku n mmber's yg lain, gerak ke Andalus. lepak2 kejap. pastu pulang la. 
nek saje kereta. kepala aku da cam nak pecah u know? ( sje bgtw :p )
 ngeng... ngeng... ngeng..
 nak muntah pon ade jugak. sebab kena hujan kot time nak masok kereta. smpai sekarang pon masih berpusing - pusing. bole nmpk burung terbang atas kepala. hahaha. Tipu !

ingat kan nak berehat hari ini. tapi kesian plak xde sape nk jage kedai ayah.  sebab ade 1 staff yang cuti. so, aku lah penggantinye. siyes ni, badan panas gile. mate da berair cam orang nanges sebb panas sangat kot ! adoyai.... tahan saja. 

p/s : have a great weekend uolz..


25 November 2010

berkhatan


cuti2 sekolah camni, mesti rmai budak2 laki yang kena sunat. klinik mesti meriah ngn budak - budak lelaki yang pkai kain pelekat. hahaha. npe dorang pakai kain pelekat? sbb nk berkhatan la.. dalam bilik doctor tu, mesty ade yang menjerit -jerit sebb takut punye pasal. padalah  bukan sakit mane pon. haha yeke? (memandai je aku ni ) 
Abdul Malik, adik saya yang no 3. berumur 8 thun. telah di sunat tengah hari tadi. saya pon xtw la die menagis ke tidak sebb saya x ikot. terdengar jugak perbualan anatara adik saya dan mak pagi tadi

malik : mak, cepat la, x sabar2 da ni. x sabar nak sakit

berani sungguh adikku. hahaha

mak : ( gelak2 ) kejap la.. npe x sabar pulak?

malik : ( tersengih je )

saya yang dengar pon tergelak jugak, sebb semalam ckp takut, arini, x sbor2 pulok. hahaha. macam2.  maybe da kurang rase takut sebb dia bersunat dengan sepupu saya sekali. so, ade la kawan untuk sakit bersama. tp rasenye dye exited sebb pas sunat ni, dia akan dapat sebijik basikal. haha. memang suke la dia. saya pon nk sunat klo gitu hahahah (gedix).


ni bukti adik saya da berkhatan

22 November 2010

2 in 1

entry kali ini agak panjang untuk saya membebel di blog saya ( spe yang xsuke, please leave this page :) ) sbb entry kali ini adalah berkenaan cerita 2 in 1. hehehehe.

earin : mak, jommmm pegi zoo. nk tengok gajah.
malik: mak, nak tengok harimau.
yakub : aku nk engok singa!!

kesian bunda ku. melayan kerenah anak2. heheh. but its okay, coz mud mak saya teengah baek sesangat neh. bole la manje lebeyh2 sikit. klo mud ngh up, jgn harap ler ye adik - adik ku. so, pada ari sabtu tu, kami sekeluarga  ( ayah x ikot. jage kedai ) pon pergi la ke Zoo Negara. kesian ayah.... saya pergi dengan sepupu. so, mmg dye la yg drive. selamat! xde la saya pulak yang kene drive yer..

xramai orang lagiii

mase kami sampai di zoo negara, xramai lagi orang, sbb pagi lagi kot tme 2 ( 11.35 a.m ). lagipon weekend kan, ramai yang msih bersantai -santai di ruma, x pon, msih berdengkur lagi. Earin , Malik , n Ipung adalah kanak - yang paling exited nk tengok binatang. yang dewasa seperti saya dan mak, hanyalah peneman untuk mereka. 
muke - muke exited adik -adik ku. 


mari2!!

photographer ni xreti snap pic la. muke saya dan bunda blur plak.



hohoho. demok nye saye.







 nmpk x chimpanzi tuh? menatang tuh nakal tw!! ade ke patut, dye berak, pastu lontar najis beliau kepada penonton. seb bek saya x kene. owg cina yang dok kt krusi tuh yang kene. kene kat betis dye. yeeeekkk!! hahah.. noty..

*********************************************

candid

muke farzana mmg x tersenarai. da nme pon blur. haha

woweee.. kami cumil kan??


senyummm :D
En. bee kekenyangan.  :p

ni activity kami semalam. jejalan ke sunway pyramid. tengok wayang citer Harry Potter. sebenarnye, aku bkn x paham cter tuh. tp aku sedikit kompius dengan dialog2 mereka. yela, bnyak dialog mereka menceritakan tentang sihir. ( da nme pon cter ahli sihir ) . susa plak nk explain ape yg aku x phm. huhu. bia la. even aku da tgk dr Harry Potter 1 until now, aku masih x dpat menghafal nama watak - watak yang ade dlm citer ni. 2 pasal la aku kompius kot. LOL.

emma sgt cantek! adore her!