20 May 2013

Broga Hills.


Assalamualaikum...



happy Monday everybodehhhhh...
adakah anda bermonday blues?? saya ponggggg
pergh... bapak mengantuk. dah la cuaca mendung je.. bikin mata rasa nak terpejam taknak bukak-bukak dah.

sementara menunggu boss masuk opis, aku nak la mencuri ketulangan untuk menghilangkan kebosanan dan kemengantukan. hahha
aku nak update pasal aku pergi broga haritu. sekali lagi di ulangi. HARI ITU. bukan tadi, bukan semalam, bukan juga esok. eh, esokk?? *.*'

plan nak pergi broga memang telah terpendam sejak sekian lammaaaaaaaaaaaa dulu. tapi baru hajat ni tercapai. muahahha.
tak silap aku, sejak awal tahun lepas lagi aku memang nak naik broga, tapi oleh kerana pelbagai halangan dan rintangan, aku postpone la hajat tu. *cerita macam kritikal sangat je rintangan tu, wakakaka.

Kali ini, plan di set up oleh aku dan Azie. sebelum pergi, ada jugak ajak 4 5 budak budak lelaki untuk join. tapi................. para lelaki gagah perkasa semua menolak kerana mereka tidak segagah perkasa seperti yang di sangkakan. hahhahha
so, terpaksa kami wanita yang  berjiwa kental dan tabah ini memulakan perjalan berdua ke bukit broga. Berdua kauuuu. haaa. ingat kami tak berani ke? heh. *muka poyo abes ni. hahah

pukul 4am gerak daripada rumah dan sampai kat broga arround 4.50 am gitu la..
turun kereta dan semangat gila nak naik broga. konon2 hebat sangat la, naik broga dengan harapan penuh bangga, bila sampai kat puncak sana, tak akan ade rasa penat. hahha. sekali lagi, POYO!

Baru je separuh perjalanan, dah pancit. hahahha. nampak sangat aku ni tak pernah naik bukit dan dah lama tak exercise. *sigh
5.30am, kami betul2 sampai kat puncak broga. 
fuhhh.. letih tu tak payah cakap la. memang nak tercabut jantung. tapi memang sangat berbaloi.
time kitaorang sampai tu, tak ramai sangat orang. agak2 dah terang dah nak pukul 7 tu, orang naik bukit mcam semut dah. riuh kauuuu.. 

so, time matahari dah terbit, time tu la masa untuk berposing. hihihih

owh... sebelum itu, sila abaikan kegemukan aku. hahha. 

hoyeahhhh. akhirnyaaaa.. sampai jugak


ni lah azie. hahaha. exhausted katanya


so... This is the view pada pukul 6 camtu la.







ni pulak view pada pukul 7 pagi. beautiful right?




ooopsssss. big drumstick. yummeh! hahah















 so, the conclusion is, broga memang cantik la. and the view is awesome. Subhanallah
tapi yang tak berapa bestnya sebab ramai sangat sangat manusia yang naik ke atas tu.
crowded  gileh okeyh. macam sesak napas pon ade aku kat atas tuh.
so,, untuk mengelakkan aku pengsan kerasa kesesakan napas, baik aku turun je. 
done done je aku plan nak turun dalam pukul 10 gitu sebab konon-konon nak menikmati pemandangan di broga. yela, dah penat2 naik, haruslah stay lama- lama kan....

tapiiiii-------------

itu hanyalah janji-janji palsu yang tak dapat di tunaikan. hahha.
aku turun around pukul 8.30 sebab aku  tak tahan nak terkonceng! hahah. 

okay lah, nak chiaw dulu sebab boss gua jap lagi dah nak datang

Wassalam! 

10 May 2013

I'm Back

Assalamualaikum dan salam jumaat

I know its will take ages to renovate this blog coz its been a while tak di jenguk.
its okay.... boleh di bawak bincang. hihihi

tak tau kenapa harini macam rajin dan terdetik untuk membloging balik. seriously I dont know why.
bukan sebab tak ada kerja di opis okeh!!!! 
kerja bapak berlambaknya.!! hahah

bila pikir pikir balik, why not aku teruskan perjuangan aku dalam dunia blogging walaupun tiada siapa datang menjenguk kannn (ayat sentap maaakkkkk!!)  hahah
just buat simple karangan untuk di abadikan dan di baca pada hari tua dan boleh tunjuk kat cucu cicit kannn..( cerita macam dah kawen and beranak pinak -.-')

and... I think I'm gonna delete all my oldest post sebab aku rasa tulisan aku bnyak typo and MENGARUT. yes! MENGARUT. sumpah malu tengok tulisan sendiri. sangat kebudak2an. kali ini AKU JANJI (tiru ayat BN) tak akan ada typo dan mengarut2.

arghhh!! whatever. nobody concern right? hahha (eh, tukar fikiran pulak) kahkahkah

owh yeah.. last but not least, post2 aku sekarang akan ku pastikan lebih padat dan penuh isi. bukan lagi omong omong kosong yang hanya merapu tak tentu pasal. contohnya macam yang aku tengah tulis sekarang ni. wakakakak

okay lah. itu saja mukadimah utuk hari ini, InsyaAllah jika umur panjang, kita sambung merepek di lain hari pulak ye. bos aku dah balik ni. nak sambung kerja pulak. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Wassalam :)

p/s : tak sabo nak upload semua gambo yang ado.