Showing posts with label DIET OHH DIET. Show all posts
Showing posts with label DIET OHH DIET. Show all posts

23 March 2011

KIRA KALORI DAN MARI KITA BAKO!


kira kalori <--- click mende tuh.

GOAL aku adalah untuk membakar lemak-lemak yang ada dalam badan aku ni sebanyak mungkin.
nampak tak dalam kurungan merah tu??
EXTREME FAT LOSS ok.
hahhaha
untuk pengetahun korang, calories calculator ni menghitung jumlah kalori yang korang perlu ambil setiap hari untuk maintain or nak loss weight 2lbs per week.
sekarang ni, tiap2 hari aku kira kalori dan aku akan CUBA untuk tidak lebih dari 900. tapi kalau dah terlebih, apa nak buat.. redha jela.. huhuhu
memang boleh nampak la perubahan nya.
tapi cam agak lambat la..
seminggu nak turun sekilo susah tau!
melainkan korang puasa or tak nak makan. 
haaa. yang tu, nak turun sehari sekilo pon boleh jadik.
korang kena loss weight seminggu sekilo paling banyak. kalau lebih, yang turun tu bukan lemak, tapi air. 
bila kehilangan bnyak air, badan korang akan lebih cepat naik bila korang makan.
tapi kalau turun 1kilo per week, yang turun tu adalah lemak jahat. dan korang akan tetap turun n turun setiap minggu.
selamat mengira kalori :)


p/s : nak pergi joging pasni. sebab rase cam dah gemok sangat ni. huahuahua

do u LIKE it??

17 March 2011

makanan yang menggemukkan!

Korang suka makan tak?? aku pon sukeeeee sangat makan. tapi kalau tak control pemakanan, mesti lah cepat "sehat" kan? so, kena pandai-pandai la control pemakanan. huhuh. so, kat sini aku nak senaraikan sikit makanan yang boleh membantu uolz untuk menjadi lebih demok. hahah.
sapa nak naikkan berat badan, sila makan yang di senaraikan sebanyak mungkin. bagi yang nak kurus pula, kena la berhati-hati di jalan raya. eh.. silap. hati-hati control pemakanan..



*pergghh*
Ice Cream
Betapa nikmatnya menikmati krim dingin dengan rasa vanila, strawberry atau coklat saat cuaca panas. tapi berhati-hatilah, sebabnya kalori yang terkandung dalam makanan sejuk ni cepat di serap. so, JUST FORGET IT!. korang boleh menggantikannya dengan yogurt. kan lebih sehat tuuu. tak pon, korang makan ice cream dengan kadar kalori yang ringan.


eh, salah.


Hot dog
"anjing panasss" or sosej. heheh. roti hotdog n mayonnaise or hotdog panggang memang the besst kan?? tapi korang tau tak hotdog mengandungi lemak yang tinggi dan juga mengandungi sodium yang banyak. so, korang kenalah kurangkan makan "anjing panass" ni. JANGAN MAKAN LEBIH DARI SATU!!



Coklat.
aku tau mesti ramai giler peminat coklat kat dunia ni. tapi bukan aku ok. aku tak suka coklat. boleh makan, tapi tak banyak lah. cukup lah sekadar cicip shj. strawberry lagi besttt ( bagi aku ). coklat juga mampu menenangkan fikiran. Dark Chocolate mampu memberi beberapa manfaat kepada kesihatan, itupon kalu korang makan dengan porsi yang sedikit. jangan makan terlalu banyak kerana kandungan kalori, lemak dan gula yang tinggi.



Minuman seperti iced coffee drinks, cocktail dan smoothies
Kalori dalam bentuk cairan sangat cepat menyerap ke dalam tubuh. Sebaiknya uolz mengetahui apa yang terkandung di dalam minuman uolz dan kurangilah makanan atau minuman dengan kalori yang tinggi. minum air mineral or air masak je. ia takde kalori. ZERO.




Makanan penutup yang terbuat dari kacang, coklat dan kelapa.
makanan yang ni memang dapat menjadi 'ranjau' kalori. uolz di sarankan untuk menambahkan  atau menukarkan menu buah-buahan untuk makanan penutup.

Salad yang dicampur dengan ayam, salad kentang, keju, mayonaise dan bahkan potongan roti dipenuhi dengan lemak dan kalori
konon-konon makan salad untuk kurus. tapi banyak jadah alam yang korang letak dalam salad tuh. memang rosal la diet uolz. Gantikan je natang yang mengandung banyak lemak dan kalori tadi dengan sayuran hijau dengan tambahan light mayonaise.

Makanan yang dipanggang
seperti steak, daging burger dan sebagainya memang nikmat. Tapi hati-hatilah, daging-daging tersebut banyak tersisip lemak. Bakarlah ayam, ikan, daging tanpa lemak bersama dengan sayuran dan buah-buahan. semakin  di bakar, semakin kurang lemaknya.



Buah kelapa 
buah kelapa banyak ditemukan di berbagai makanan seperti di dalam cake maupun smoothies. Buah kelapa mengandung lemak "jahat" , pemanis, termasuk di antaranya 129 kalori dan 8 gram lemak. Jika uolz menikmati porsi besar buah kelapa, maka kadar kalori dalam tubuh uolz akan naikkk. 



p/s: kalau diet, boleh makan nasi, tapi kuantiti yang sedikit (sesenduk or segenggam ). jangan makan junk food okay.

10 March 2011

kurus dengan hati gembira!

zaman sekarang ni, dah makin ramai orang demok-demok. kalau kita tengok orang dulu-dulu, badan dorang fit je, langsing dan mantap. faktor yang menyebabkan kegemokan berlaku adalah kerana faktor gaya hidup dan pemakanan yang tidak sehat. sekarang ni pon, orang semua bajet nak makan fast food jeee. McD LA, kfc la, Pizza, Subway dan macam-macam lagi lah fast food yang dijual sekarang ni. dan majoritinya, ramai orang suke makan fast food kan.. yela, senang, cepat, sedap dan juga tinggi kalori. korang bayangkan jela, bape ribu kalori yang terkandung dalam makanan fast food ni. tu pasal la kot badan pon cepat naik kalau di amalkan selalu.

kalau zaman dulu, mane ade sume natang ni, tu pasal la body dorang fit dan risiko untuk kena penyakit tu kurang la. bukan tak bole makan fast food ni.. tapi kena la jarang-jarang.
selain dari itu, bukan fast food je yang boleh buat kita gemok. makan terlalu kerap dan tidak bersenam pon boleh buatkan kita gemok kan..


* hohohoh. korang nak ke body camni sebab x jaga pemakanan? *


okay, cerita pasal bersenam ni, aku nak kongsi dengan korang cara bersenam yang bagi aku best and tidak membosankan.
aku tau, ramai yang tidak suka atau tidak sempat untuk bersenam ni. tak pon, malu nak bersenam (termasok aku). aku ni dikatakan pemalas jugak la kalau bab bersenam ni, pastu suka makan. tapi nak jugak kurus.macam mane tu??
selalunye aku berjogging je, ataupon, main tali skipping kat umah. itu pon aku buat 3 bulan sekali. hahhahahah. bukan 3 kali seminggu k. 
malas kot nak jogging tiap2 hari. pastu malu nak jogging sorang-sorang sebab nanti mesti ada orang pandang. huhuh maluuuuuuu.

ok enough membebel tak tentu hala.
senaman yang aku kata best tu, adalah senaman dancing. dancing tu pon senaman gak tau! sape yang tak tau tu, meyh sini aku tembak kepala ko.
aku dancing kat dalam bilik je. sebab tak ade modal nak masok kelas dancing. hahha. aku tak tau la sejak bila aku terjebak dalam dancing ni. aku tengok cam best je dorang nari-nari goyangkan pinggul. cehhh.  ;p

aku pilih Zumba Dancing. aku tengok dorang nari cam happening giler. sumpah best.
bila aku tengok testimony dorang, rase eksaited nak menari tu semakin membuak2 sebab ianya memang terbukti kot.


* testimony tentang zumba yang mampu kuruskan badan * 


*ni dorang ajar step by step*

best gila belajar dancing. enjoy sangat-sangat. so, takdelah nak malu-malu sebab orang tengok kita bersenam. pastu "gegar" sana sini ( lemak berebihan ). sebab kita hanya perlu menari dalam bilik je. bukan nari atas pentas pon kan.
rugi kalau korang tak try. sebab step zumba ni takde lah susah mane pon. enjoy beb.
maybe orang-orang melayu lebih suka tarian poco-poco. tapi aku tak minat lah. sebab lagu poco-poco tu cam tak rancak sangat. cam zumba ni, rancak la jugak. leh wat break dance lagi tuh ( tipu ) hahahha. baru dengar lagu dah rase nak menari, belom tengok video lagi. 




* syok tengok dorang nari-nari ni. minah ni dance laju sangat. :(  *

aku tengah belajar untuk ikut jejak minah dalam video nih. tangkas betol dia menari, berterabor aku nak tiru step dia. huhuhu. mane la tau kan, kot-kot aku boleh kurus dan matopz macam megan foxxxxx ke kan..


* mengalahkan pompuan tulen body megan foxx ni. *


p/s : jelez kat En. Bee yang boleh kurus dengan cepat . grrrrr