Showing posts with label alahai PEREMPUAN. Show all posts
Showing posts with label alahai PEREMPUAN. Show all posts

23 March 2011

KIRA KALORI DAN MARI KITA BAKO!


kira kalori <--- click mende tuh.

GOAL aku adalah untuk membakar lemak-lemak yang ada dalam badan aku ni sebanyak mungkin.
nampak tak dalam kurungan merah tu??
EXTREME FAT LOSS ok.
hahhaha
untuk pengetahun korang, calories calculator ni menghitung jumlah kalori yang korang perlu ambil setiap hari untuk maintain or nak loss weight 2lbs per week.
sekarang ni, tiap2 hari aku kira kalori dan aku akan CUBA untuk tidak lebih dari 900. tapi kalau dah terlebih, apa nak buat.. redha jela.. huhuhu
memang boleh nampak la perubahan nya.
tapi cam agak lambat la..
seminggu nak turun sekilo susah tau!
melainkan korang puasa or tak nak makan. 
haaa. yang tu, nak turun sehari sekilo pon boleh jadik.
korang kena loss weight seminggu sekilo paling banyak. kalau lebih, yang turun tu bukan lemak, tapi air. 
bila kehilangan bnyak air, badan korang akan lebih cepat naik bila korang makan.
tapi kalau turun 1kilo per week, yang turun tu adalah lemak jahat. dan korang akan tetap turun n turun setiap minggu.
selamat mengira kalori :)


p/s : nak pergi joging pasni. sebab rase cam dah gemok sangat ni. huahuahua

do u LIKE it??

22 March 2011

singgah di CASTLE

semalam ade lah hari outing seDUNIA. muahhaha. over pulak kan..
semalam aku dok layan kerenah si babun syazatul untuk lepaskan nafsu die pada SHISHA (betol ke aku eja ni?)

so aku bawak la beliau ke THE CASTLE kg baru. tempat ni orang pergi sebab nak bershisha je. ramai mamat arab la kat sini sebab owner nye pon arab
aku tak tau lah kenapa dia sangap sangat nak bershisha.
beliau kate dah setahun x lahap mende tuh. tuh pasal agak cam tamak sikit. 
yelaaa. mane tak nye, shisha tu dia sowang je isap. (tau la aku blanje, seronok lah beliau)
last-last, mabok dengan shisha. padan muka~~~

*berlakon semata-mata*

*  try isap shisha. tapi asap xdak. wat malu je. -__-" *

*ajul buat aksi naga. hahaha *

* aku tak tau la kenap pic blur. huhu *


pas shisha ktorang pergi makan kat CHOP N STEAK ( dulu kalu tak silap namanya THE SHIP ) plak. isi perut la. dah jenuh hidu bau asap shisa, cam lapo plak perut ni .

*curik blur punya*

 mula-mula aku tak nak lah makan kat sini sebab makanan dye x best pon. maybe sebab aku makan time bulan puasa. thats why la rasanya pon kurang sikit la.. semalam aku pergi, not bad la.. kira berpatutan. cam best la plak. ahakkz.. 

 tu jela aku nak hapdet untuk hari ini. daa~~

do u LIKE it?

20 March 2011

Risiko Seks di Bawah Umur ( perempuan )

aku cam malu-malu sikit nak buat entry ni. tapi di sebabkan aku rasa memang perlu untuk di share kepada korang sume, so dengan tebal muka aku buat entry pasal mende ni today. 

Uolz tau tak bahawa seks bawah umur ni boleh mengundang risiko. so, hati-hati ye kepada adik-adik di luar sana.

so, entry kali ini is about sex education. :)



Hubungan seksual pada usia di bawah 17 tahun diketahui dapat merangsang tumbuhnya sel kanser pada organ kandungan perempuan, karena pada usia 12-17 tahun, perubahan sel dalam mulut rahim sedang aktif pada usia sebegini.

Dengan adanya benda asing, termasuk alat kelamin laki-laki dan sel sperma, akan mengakibatkan perkembangan sel ke arah yang abnormal. Apalagi kalau sampai terjadi luka yang mengakibatkan infeksi dalam rahim.

Sel abnormal dalam mulut rahim itu dapat mengakibatkan  kanser serviks. Kanser serviks yang menyerang alat kandungan perempuan, berawal dari mulut rahim dan berisiko menyebar ke vagina hingga keluar di permukaan.
Selain itu, kanser serviks juga berisiko menyebar ke organ lainnya di dalam tubuh, misalnya uterus, ovarium, tuba fallopi, ginjal, paru-paru, lever, tulang hingga otak.
Jika telah mencapai tahap kritikal dan kanser ini dan menyebar ke organ tubuh lain, maka kanker serviks dapat mengakibatkan kematian. Penderita tahap kritikal umumnya harus mengangkat organ alat kandungan dan peluang untuk memiliki zuriat adalah amat tipis or tidak mungkin.
Di seluruh dunia, terdapat sekitar 100 jenis strain virus penyebab kanser serviks, yaitu virus HPV (Human Papilloma Virus). Strain yang terganas adalah type 16 dan 18. Gejala yang sering muncul pada penderita biasanya timbulnya keputihan yang berbau dan berulang-ulang serta terjadi pendarahan di bagian kemaluan ketika sedang tidak haid.
*GOOGLE*

Oleh karena itu, dianjurkan agar kaum perempuan kawen setelah berusia lebih dari 17 tahun dan menerapkan perilaku seksual yang sehat. Selain itu, kaum pompuan yang dah kawen dinasihatkan agar rajinkan diri korang untuk bertemu dengan doktot bagi mencegah kanser ini.
Kepada kaum perempuan yang belum berumur 17++ dan belum berkahwin, korang jgn gatal-gatal nak buat KAMASUTRA ni k. Nanti tak pasal-pasal kena kanser dan dapat dosa. 
P/s: budak-budak bawah umur ni, seeloknya study je. Dah cukup umor nanti baru boleh kawen k..
do u LIKE it??

17 March 2011

makanan yang menggemukkan!

Korang suka makan tak?? aku pon sukeeeee sangat makan. tapi kalau tak control pemakanan, mesti lah cepat "sehat" kan? so, kena pandai-pandai la control pemakanan. huhuh. so, kat sini aku nak senaraikan sikit makanan yang boleh membantu uolz untuk menjadi lebih demok. hahah.
sapa nak naikkan berat badan, sila makan yang di senaraikan sebanyak mungkin. bagi yang nak kurus pula, kena la berhati-hati di jalan raya. eh.. silap. hati-hati control pemakanan..



*pergghh*
Ice Cream
Betapa nikmatnya menikmati krim dingin dengan rasa vanila, strawberry atau coklat saat cuaca panas. tapi berhati-hatilah, sebabnya kalori yang terkandung dalam makanan sejuk ni cepat di serap. so, JUST FORGET IT!. korang boleh menggantikannya dengan yogurt. kan lebih sehat tuuu. tak pon, korang makan ice cream dengan kadar kalori yang ringan.


eh, salah.


Hot dog
"anjing panasss" or sosej. heheh. roti hotdog n mayonnaise or hotdog panggang memang the besst kan?? tapi korang tau tak hotdog mengandungi lemak yang tinggi dan juga mengandungi sodium yang banyak. so, korang kenalah kurangkan makan "anjing panass" ni. JANGAN MAKAN LEBIH DARI SATU!!



Coklat.
aku tau mesti ramai giler peminat coklat kat dunia ni. tapi bukan aku ok. aku tak suka coklat. boleh makan, tapi tak banyak lah. cukup lah sekadar cicip shj. strawberry lagi besttt ( bagi aku ). coklat juga mampu menenangkan fikiran. Dark Chocolate mampu memberi beberapa manfaat kepada kesihatan, itupon kalu korang makan dengan porsi yang sedikit. jangan makan terlalu banyak kerana kandungan kalori, lemak dan gula yang tinggi.



Minuman seperti iced coffee drinks, cocktail dan smoothies
Kalori dalam bentuk cairan sangat cepat menyerap ke dalam tubuh. Sebaiknya uolz mengetahui apa yang terkandung di dalam minuman uolz dan kurangilah makanan atau minuman dengan kalori yang tinggi. minum air mineral or air masak je. ia takde kalori. ZERO.




Makanan penutup yang terbuat dari kacang, coklat dan kelapa.
makanan yang ni memang dapat menjadi 'ranjau' kalori. uolz di sarankan untuk menambahkan  atau menukarkan menu buah-buahan untuk makanan penutup.

Salad yang dicampur dengan ayam, salad kentang, keju, mayonaise dan bahkan potongan roti dipenuhi dengan lemak dan kalori
konon-konon makan salad untuk kurus. tapi banyak jadah alam yang korang letak dalam salad tuh. memang rosal la diet uolz. Gantikan je natang yang mengandung banyak lemak dan kalori tadi dengan sayuran hijau dengan tambahan light mayonaise.

Makanan yang dipanggang
seperti steak, daging burger dan sebagainya memang nikmat. Tapi hati-hatilah, daging-daging tersebut banyak tersisip lemak. Bakarlah ayam, ikan, daging tanpa lemak bersama dengan sayuran dan buah-buahan. semakin  di bakar, semakin kurang lemaknya.



Buah kelapa 
buah kelapa banyak ditemukan di berbagai makanan seperti di dalam cake maupun smoothies. Buah kelapa mengandung lemak "jahat" , pemanis, termasuk di antaranya 129 kalori dan 8 gram lemak. Jika uolz menikmati porsi besar buah kelapa, maka kadar kalori dalam tubuh uolz akan naikkk. 



p/s: kalau diet, boleh makan nasi, tapi kuantiti yang sedikit (sesenduk or segenggam ). jangan makan junk food okay.

14 March 2011

6 SEBAB DI TINGGAL BF/GF

korang pernah tak mengalami saat-saat indah menjalin kasih sayang bersama buah hati, then secara tetiba dia putuskan hubungan tanpa sebab dan alasan yang jelas? BF/GF korang "bla" camtu jer, dan ianya memberi kesan yang amat mendalam kat korang. korang pon di belenggu dengan berjuta-juta pertanyaan. kenapa?.mengapa?.why?. ooooo my darling, why u leave me??? whyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!






so, disini saya nak kongsi denganuolz yang baru putus cinta or maybe yang dah lama putus cinta tapi masih tertanya-tanya sebab si dia tinggalkan uolz.

1. Si Dia Tidak Melihat Masa Depannya Bersama Anda

mungkin masa awal-awal bercinta dulu, semua tmapak indah and ala-ala sweet gitu. yela.. mula-mula kan.. kentot pon wangi. so, masing-masing rasa bahagia je. tapi bila dah lama-lama, maybe si dia tak nampak sinar kebahagiaan pada masa akan datang dalam hubungan yang korang bina tu. sebab tu lah, si dia tinggalkan uolz untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.


2. Si Dia Takut Berkomitmen
kalau korang nak tau, orang lelaki ni, dorang ni susah sikit nak bagi komitmen or dalam erti kata lain, dorang malas nak berkomitmen even dah bercinta bertahun-tahun sekalipon. maybe, camtu jugak la BF korang. sebenarnya BF korang tak sampai hati nak bagi tau kt uolz yang dia masih belum ada komitmen. so, dorang pilih jalan untuk "bla" shj, daripa mengatakan hal yang sebenar. halangan daripada family pon boleh jadik jugak.



*lelaki yang tak suka ada ikatan dengan mana-mana pompuan adalah pondan!*



3. Si Dia Memiliki Masalah Pribadi

mungkin jugak si dia ada masalah peribadi. contohnya: kucing dia mati ke.. hahahha. takde lah. maybe dorang ade masalah kewangan ke, stress dengan kerja ke.. so, dengan adanya korang disisinya, MAYBE dia merasa bahawa korang ni hanya menambah kan tekanan dan membuatkan dorang lebih kusut. maka dengan itu, dorang memilih jalan untuk keluar dari tekanan tersebut.


4. Dia Memilih untuk 'Move On'

si dia baru sedar bahawasanya hidop dorang bosan bersama korang. asyik-asyik aktiviti yang sama je tiap-tiap hari. tak ade perkembangan langsung. so, dia memilih untuk "MOVE ON".



5. Hubungan Tidak Membaik

BERGADUH. saya percaya sume orang mesti pernah bergaduh dengan pasangan. tipu la kalu tak pernah gaduh. tak happening langsung hubungn korang tuh. tapi, kalu bergaduh tu.. kena berpada-pada n kena la berbaik semula. kalau tak baik-baik jugak, maybe si dia jenuh ah nak pujuk korang yang tak abes majok 24jam. so, dia pon memilih untuk tinggal je korang kat situ. ramai lagi orang yang nak kat dia kot.



*pening kepala layan karenah pasangan*

6. Si Dia Merasa Bersalah

part ni aku paling suka. si dia mula merasa bersalah sebab dia tau dah banyak kali dia sakitkan hati korang. walaupun dia dah telah berubah dan janji tak buat lagi, tapi korang masih tak nampak perubahan dalam diri dia dan  mende ni akan membuatkan dia merasa bersalah. sebab tu lah dia pergi dari hidup korang dan berharap korang akan menemui sinar kebahagiaan. 






p/s: tak semua sang kekasih meninggalkan pasangan sebab adanya orang ke 3. masih banyak lagi alasan yang membuatkan dorang berputus asa untuk meneruskan percintaa.

10 March 2011

kurus dengan hati gembira!

zaman sekarang ni, dah makin ramai orang demok-demok. kalau kita tengok orang dulu-dulu, badan dorang fit je, langsing dan mantap. faktor yang menyebabkan kegemokan berlaku adalah kerana faktor gaya hidup dan pemakanan yang tidak sehat. sekarang ni pon, orang semua bajet nak makan fast food jeee. McD LA, kfc la, Pizza, Subway dan macam-macam lagi lah fast food yang dijual sekarang ni. dan majoritinya, ramai orang suke makan fast food kan.. yela, senang, cepat, sedap dan juga tinggi kalori. korang bayangkan jela, bape ribu kalori yang terkandung dalam makanan fast food ni. tu pasal la kot badan pon cepat naik kalau di amalkan selalu.

kalau zaman dulu, mane ade sume natang ni, tu pasal la body dorang fit dan risiko untuk kena penyakit tu kurang la. bukan tak bole makan fast food ni.. tapi kena la jarang-jarang.
selain dari itu, bukan fast food je yang boleh buat kita gemok. makan terlalu kerap dan tidak bersenam pon boleh buatkan kita gemok kan..


* hohohoh. korang nak ke body camni sebab x jaga pemakanan? *


okay, cerita pasal bersenam ni, aku nak kongsi dengan korang cara bersenam yang bagi aku best and tidak membosankan.
aku tau, ramai yang tidak suka atau tidak sempat untuk bersenam ni. tak pon, malu nak bersenam (termasok aku). aku ni dikatakan pemalas jugak la kalau bab bersenam ni, pastu suka makan. tapi nak jugak kurus.macam mane tu??
selalunye aku berjogging je, ataupon, main tali skipping kat umah. itu pon aku buat 3 bulan sekali. hahhahahah. bukan 3 kali seminggu k. 
malas kot nak jogging tiap2 hari. pastu malu nak jogging sorang-sorang sebab nanti mesti ada orang pandang. huhuh maluuuuuuu.

ok enough membebel tak tentu hala.
senaman yang aku kata best tu, adalah senaman dancing. dancing tu pon senaman gak tau! sape yang tak tau tu, meyh sini aku tembak kepala ko.
aku dancing kat dalam bilik je. sebab tak ade modal nak masok kelas dancing. hahha. aku tak tau la sejak bila aku terjebak dalam dancing ni. aku tengok cam best je dorang nari-nari goyangkan pinggul. cehhh.  ;p

aku pilih Zumba Dancing. aku tengok dorang nari cam happening giler. sumpah best.
bila aku tengok testimony dorang, rase eksaited nak menari tu semakin membuak2 sebab ianya memang terbukti kot.


* testimony tentang zumba yang mampu kuruskan badan * 


*ni dorang ajar step by step*

best gila belajar dancing. enjoy sangat-sangat. so, takdelah nak malu-malu sebab orang tengok kita bersenam. pastu "gegar" sana sini ( lemak berebihan ). sebab kita hanya perlu menari dalam bilik je. bukan nari atas pentas pon kan.
rugi kalau korang tak try. sebab step zumba ni takde lah susah mane pon. enjoy beb.
maybe orang-orang melayu lebih suka tarian poco-poco. tapi aku tak minat lah. sebab lagu poco-poco tu cam tak rancak sangat. cam zumba ni, rancak la jugak. leh wat break dance lagi tuh ( tipu ) hahahha. baru dengar lagu dah rase nak menari, belom tengok video lagi. 




* syok tengok dorang nari-nari ni. minah ni dance laju sangat. :(  *

aku tengah belajar untuk ikut jejak minah dalam video nih. tangkas betol dia menari, berterabor aku nak tiru step dia. huhuhu. mane la tau kan, kot-kot aku boleh kurus dan matopz macam megan foxxxxx ke kan..


* mengalahkan pompuan tulen body megan foxx ni. *


p/s : jelez kat En. Bee yang boleh kurus dengan cepat . grrrrr

27 January 2011

..:: gadis rabu ::..

ape ade pade hari rabu? ade pasar rabu ke? HAHAH.
tapi hari bukan hari rabu.
ini kisah di hari rabu. :P





dulu mase kat sekolah, time tu form 5 kot. aku paling suke hari rabu. sebab haru rabu ade pendidikan jasmani di waktu pagi and tiade kelas math. hahah. best2. sebab, pagi - pagi xdelah mengantuk sebab ade kelas PJK. and takde lah aku nak mengelak dari kelas math macam hari - hari lain. :p. aku memang tak suke math. math pon tak suke aku. hahhah.


okee. back to da topic, sebenarnya, aku nak bercerita tentang personaliti aku yang tak bape bole untuk di banggakan ni. sedang aku bosan - bosan dok jage kedai bapak aku ni ha.. aku pon google la " rahsia hari kelahiran ". aku tau mende alah ni bukan leh percaya sangat. tapi layan sajaaa. :p


antaranya ialah...
jeng jeng jeng!!




Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.

" haha. itu lah kelemahanku. don't mess with me ya! hahha. aku tau perangai tu tak baik. sekarang ni aku cube control diri aku agar cuba untuk lebih bersabar and cuba untuk buang semua sifat dendam kesumat ni. tapi, aku akan berbuat baik and lebih baik jika orang tu buat baik kat aku. Insyaallah.."


 Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. 

" bergaul? amek hati? hmmm.. bole la.. tapi takde la pandai sangat. hehehe. mungkin sebab aku ni suke bercakap kot. tapi ngan orang yang aku kenal je okee. kalo baru kenal tu, agak malu2 kucing sikit. hahhaha.
menghargai? hmm. bole laaaaaa. aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai orang tu seikhlas hati. :D. kalo ade sesape yang ter baca pengakuan aku ni, and rase aku ni xreti menghargai, sorry la. coz menghargai ni kene ikhlas kan? kalo tak ikhlas, lu pikir la sendiri. hahah "


Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.

" yupz! aku lebih suke pentingkan teman - teman aku daripada aku. aku akan cuba menjaga hati dan perasaan dorang and aku rela berkorban untuk sahabat - sahabat aku walaupun itu berat buatku. huhuh. senang citer, kawan utama la daripada diri sendiri. tapi tengok keadaan jugak la. tapi aku rase, aku memang akan mementingkan kawan - kawan sekeliling aku. tapi jangan pulak korang amek kesempatan yeR! "


 Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.

"yup. i'm very open minded person. lantak korang la nk kutuk ke hape. ade aku kesah? hahha. means, aku ni xde la amek hati sangat if ade someone kritik aku. sebab aku jadikan itu sume sebagai panduan agar menjadi lebih baik.
tak pandai simpan rahsia? bukan tak pandai.. tapi aku ni cam kureng ketat sikit dalam simpan rahsia. tapi takde la sume rahsia aku bocorkan. aku akan share rahsia tu dengan orang yang aku percaya je. means, aku akan share dengan orang yang aku rase betul - betul bole simpan rahsia tuuu. hahha. 
aku memang tak suke diperintah. sebab aku suke jadi bos. :D . tapi kalo keje ngan orang, konpom2 la diperintah kan? ngeeee. maksud aku, aku boleh disuruh, tapi kene lah cara lembut gitu.. takde la nk perintah pastu gunekan cara kasar. memang tak la. otomatik muke aku jadi toye and akan jadi tensen. tapi xde la sampai nages -nanges okee? :p"


 Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.

" hmmm. rase nye lah kot. hehehe. aku memang susah sikit nak buat keputusan. kadang - kadang lain di hati, lain di mulut dan memang kurang pengalaman tapi mempunyai cita - cita yang tinggi :) "


 Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.

" yes! aku memang begitu. tapi aku ni jenis yang susa merajok kecuali dengan si dia ( ngade2 ). alaaa, majok manje2 je. hahhaha. maksud aku, aku takde la nak majok - majok ngan kengkawan. not my type. haha. and aku pon tak suke kwan - kwan majok dengan aku. hanya orang tertentu je leh pujuk aku. kalo setakat pujuk main2, tak payah. memang tak ku layan "


 Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. 

" ngeee. ape yang ade dalam pale otak aku bile ade duit? mesti la shoooopink! shooopink! and shooopink! memang tak reti nak simpan duit. huhuhu


Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.

" kadang - kadang je sanggup berkorban. hehehe. tak bole di biasekan sangat. nanti orang kan pijak kepale plak. "


 Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

" hohohohoho. no komen.. teeeeeeeettt. aku lom kawen lagi. so, xtw la tinggi ke rendah. hahhaha "

11 January 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !

aku tersangat lah bosan mlam ni kan... so, da memang tak reti nak buat ape, aku belek la farzana punye belog. 


hari tu dye ade suruh aku join kontenz kat belog dye. tapi x sempat - sempat nak jenguk. baru tadi ha aku p singgah jap kat belog si "amoy blur" ni. ( mesti pasni kene serbu ngan dye sebab pnggil name gitu kat belog ni ) hahahha, adeakukesahke :p


uolz kalo nak join pon bole, malah sangat di galakkan. pergi ke belog beliau okee? 




aku nak tag spe ek??


tag jela sape2. hahaha. kepada yang kurang berkenan sebab saya tag, ampunkan saya. ;)








CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !




syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.


25 December 2010

cari kerja

HAPPY  CHRISTMAS TO WHOM CELEBRATE CHRISTMAS DAY

ini kisah saya mencari kerja di area kL pada hari Jumaat.


mula -mula cari kat Reject Shop. tapi depa nak Full Time sahaja. ( tak minat)



aku pon tak tau kenapa aku suka amek gambar :)



hamek ko. sampai ke pavilion aku cari keja. tapi hampa :(


ni peneman saya semasa mencari kerja





taraaaaaaaa!!! saya di taman bunge. lalalalalal


nak jugak bergaya cam model. okee. saya model yang failed. hahahah




ni dalam toilet pavilion. siap ade sofa lagi taw. kan best kalo sume toilet kat Malaysia ni cam dalaM toilet kat pavilion. hahahhaha


kalo nak masok minang saya, RM 19.00 shj. siap ade diskaun 70 % sempena end of teh year. muahahhah


gambar lebih bnyak dari caption. hahha. niat dari rumah memang nak mencari keja. tapi bila da jumpa dengan sahabat yang otak sama gilo bergambar, memang gini la jadiknye. :)
keja x dapat, gambar je berlambak. hahahah 


20 December 2010

..:: DERMA ORGAN ::..

derma adalah satu amalan yang sangat baik untuk kaum manusia. tak kira la dari kaum ape, agama dan keturunan ape sahaja. yang pasti derma adalah melambangkan sifat pemurah dan baik hati. kan? kan?
setiap tahun mesti Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan kempen derma organ kan? aku nk joint mende alah tu. tapi aku tw mesti aku x layak. ( kenapa )? teruskan membace.

aku ni xde la pemurah sangat sebenarnye. tapi kedekut sangat pon tak jugak kan. kadang2 aku kena saving jugak untuk mase depan aku. ye dak? hahaha. merapu!

cerita pasal derma organ ni plak. aku pon x tw la cane nak derma organ or darah ni. tapi aku terpaksa rajin - rajinkan diri untuk meng-google cara - cara nya.


""Isikan maklumat diri anda dan pilihan organ atau tisu yang hendak didermakan, nama waris serta tandatangan anda. Borang yang telah diisikan dan ditandatangani boleh dihantarkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional""


back to da story mory. sebenarnye motip aku bagi tajuk entry " derma organ" ni, bukannya aku nak derma organ dalaman aku yang seperti KKM perlukan. 
tujuan utama aku adalah untuk menderma lemak's yang sememangya saya tak perlukan lagi. da terlebih. huhuhuh. rase cam malu je bile kuar umah. ade je cam tak kena pada diri ini. serba serbi membesar ke tepi T__T . kalo mmbesar keatas xpe jugak. sebab itu lah KKM tak nak terima. sebab depa xmo lemak's. haha. ni la hasilnye bile da dok umah je. makn lepak2 tido. oooooooooo memang mantops la bdn aku ckp ko! sesape yang kering kerempeng tu kan, amalkan la tips tersebut.

nak gemokzz memang sekejap je hasilnye akan dapat ye tuan- tuan dan puan - puan. duduk, makan tido makan tido makan tido . dalam mase seminggu kompom naik 20 kilo hahahha. kalo nk kurus, kemain susah lagi tu. nk kene senam la, sit up la, diet la, bla bla bla bla bla. berbulan, baru la nmpak hasil yang lumayan        ( kalo rajin amalkan )

aku rindukan zaman bizi aku dulu sewaktu di kolej. tak ingt makn ko! mkn sehari sekali je! tu pon kalo aku ingt nak makan. sekarang ni, da lain. sebab sem ni aku ade satu subjek sahaja. so. kelas seminggu sekali jela. the rest, memang aku lepak kat umah ler. tak pon, kat kedai bapak aku. kalo lepak kedai bapak aku, segala macam jenis jajan aku rembat. mane x naik berkilo - kilo aku cakap ko.

suda takut nak naik mende alah ni. :(


kalo kedai mak aku pulak, memang segala jenis lauk pauk terhidang kat restoran tuh. tabole tahan ini NAFSU SERAKAH maaaaa... cam sumenye aku nak bedal masok dalam perot. 
hasilnya, makin kedepan la gamaknye tummy ini.
terpaksa cover kalo nak kua umah. seksa idup! -__-"

i need to diet! diet yang serius. bukan main2 dah. 
arini aku menahan nafsu untuk makan nasi.
*tp da makan maggi*
lagi la banyak kolestrol dan lemak ye dak?
haish.. ape daaaaaaa!!

oke2. pasni aku xnak da dengar kata - kata hasutan nafsu serakah ni. menjejaskan kesihatan betol. 


Btw, to all readers or bloggers, please share with me some tips to keep slim n healty diet. 
(hanya nasihat yang berguna akan di amalkan)
ngeee..




11 December 2010

nak cantik versi eis


 semalam hari jumaat! ayah saya pergi masjid untuk sembahyang jumaat. so, aku la yang ganti beliau di kedai. di kedai sangat la boran bosing okee!! x ramai pelanggan semasa solat jumaat. maklum la, kaum Adam mengerjakan solat Jumaat. aku yang da mati kutu kat kedai tu, start tengok2 barang yang ade kat kedai ( konon check stok ) haishhhhh........... bosan jugak !

buka peti ais, tengok2, intai2, mane la tw kan, ade mende yang leh di buat eksperimen ke. huhuhu. okee.. saya jumpa limau nipis. amek sebijik. potong2. sebenarnye x tw nak buat ape. so, buat jela ape yang terlintas kat otak ni.

 :: STEP 1 ::
ini ialah limau nipis yang da di potong. ( saje bagi tau. ) ahahah

 :: STEP 2 ::


oleh kerana bosan yang teramat, ini lah jadik nye. gosok kat jari dan tangan. 
*motif : nak bagi kuku bersih dan cantik.
 :: STEP 3 ::
gosok - gosok. sental sikit - sikit.

:: STEP 4 ::
kalo ade tangan yang macam luka - luka sikit, memang agak pedih la jugak. so, tahan jela. nak cantik kan??

taraaaaaaaaaaaaaa!!!!!

:: HASIL ::

cantik dan bersih kan?? ++ wangi
(masuk bakul angkat sendiri.)
*pEraSaN*
: D

limau ni banyak kebaikannye. selain mencantikkan dan membersihkan kuku, ia juga boleh mewangikan rambut yang berbau agak x sodap. hahaha. for further  info, bole refer kat SINI.

SELAMAT MENCUBA!
******************************************
okee. tangan da cantik. eceh. TERperasan pulok. hahhaha. pastu x tw da nak buat ape. 
tetibe teringat plak LOLLIPOP pemberian En. Bee.
balik umah jap ( umah dekat nan kedai )

da gigit sikit -sikit.



selepas 3 jam!
  da x cantek da. huhuh. sayangnye!
: (

last skali, x abes jugak. sebab besa sangat. nak bagi kat adek, tp mne tah dye menghilang. simpan dalam peti. sambung esok2 plak. hahaha.