Showing posts with label TRIP. Show all posts
Showing posts with label TRIP. Show all posts

08 April 2011

INDONESIA part 1

assalamualaikum..
lebih dari sepuluh hari aku tak meng-update blog. ini kerana aku pergi bercuti di kampung halaman. so, selama aku kat sana, aku tak ada masa nak mengonline kan diri untuk berpesbuk or berbelog ni.

aku hanya ada masa untuk makan tido makan tido makan tido jeeeeeeeeee. :)

okay. today aku nak kongsikan gambar-gambar yang telah aku amek semasa berada di sana. kalau nak tengok, silakan. kalau tak nak tengok gi main jauh2 sana. wat semak je. :p

yang ni still kt KLIA





now, we flying..



bdak ni smpai sakit pinggang dok dlm flight 2jam 30minit.

 okay! dah sampai ke surabaya.
jalan di surabaya macet deh.



HOME SWEET HOME


 

kampung aku masih menggunakan perkhidmatan air perigi sebagai sumber air. 
sebab kampungku di kawasan desa.


pasar yang agak femes kat kampung aku.
"pasar ketapang"


kalau tak pandai tawar menawar, memang kena kelentong la.. tmbah2 lagi bila nmpk muka2 kami yang berbeza dari yang lain. 
ha? apakah?
hahhahha. 
actually peniaga kat sana pndai tau. 
dorang boleh tengok muka2 yang baru datang dari perantauan.
naseb baik aku bawak kazen aku yg menetap kat sana. 
dia memang pandai tawar menawar ni, so save duit aku dari di kena tipu.


ni pic aku mase 2007.
"eyh, tetibe rase muda kembali. hahahha"
 time ngah godek lappy pak ucu aku, 
tetibe jumpe gambar ni. dia simpan lagi rupanya. heheh
patutnya gambar ni dah tak ada sebab hp aku time tu sudah hilang.

bersambung....

do u LIKE it?

25 March 2011

going to INDONESIA.

hai semua..
i'm soooo exited nak tulis blog hari ni. nak tau kenapa??


sebab i nak balik kampung... yeayyy!!! dah lama giler rasanya tak balik ke kampuang halamanku. lebih kurang dalam 4 tahun cam tu lah. last i balik, selepas tamat SPM 2007. itu pon balik sekejap je, dalam 2 minggu je kot.

now, i nak balik 2minggu jugak lah sebab masa tak mengizinkan untuk i bercuti lama2. kat sini i ada banyak hal nak kena settle.

i balik kampung bukan sebab nak berjoli bagai. i balik ni pon sebab atuk i da uzur. sakit tua. i balik dengan adik bongsu dan mak je. kalau tak, i memang tak dapat nak balik sebab kat sini ada bnyak urusan yang belom selesai. tapi di sebabkan i dah 4 tahun tak balik, i dapat LESEN untuk balik bersama. :)

soo sooooo soooo exited!
(over)

i balik ni pon, memang betul2 bukan dalam perancangan langsung.
tup tup tup ada emergency call.
selalunya, benda yang tak di rancang la ni yang selalu terjadi dalam realiti kehidupan kan?
"manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan "

and lagi satu, i nak mintak jasa baik uolz untuk mendoakan atuk i yang sedang bertarung dengan nyawa di sana, agar di permudahkan segala-galanya n semoga atuk i cepat sembuh dan di panjangkan umur.

korang nak tempah apa? barang kat sana murah2 taw. rugi kalu tak tempah :p ( gurau2 je )
rasanya i tak sempat nak bershoppink kat sana sebab macam yang i cakap tadi, i balik ni pon sebab ada emergency call.
I will go to Surabaya on Monday



* monument of surabaya *

 p/s : mesti rindu kat kawan-kawan di sini especially kat en.Bee. dan i sangat rindu suasana di kampung halaman sekarang ni.

do u LIKE it?

22 March 2011

singgah di CASTLE

semalam ade lah hari outing seDUNIA. muahhaha. over pulak kan..
semalam aku dok layan kerenah si babun syazatul untuk lepaskan nafsu die pada SHISHA (betol ke aku eja ni?)

so aku bawak la beliau ke THE CASTLE kg baru. tempat ni orang pergi sebab nak bershisha je. ramai mamat arab la kat sini sebab owner nye pon arab
aku tak tau lah kenapa dia sangap sangat nak bershisha.
beliau kate dah setahun x lahap mende tuh. tuh pasal agak cam tamak sikit. 
yelaaa. mane tak nye, shisha tu dia sowang je isap. (tau la aku blanje, seronok lah beliau)
last-last, mabok dengan shisha. padan muka~~~

*berlakon semata-mata*

*  try isap shisha. tapi asap xdak. wat malu je. -__-" *

*ajul buat aksi naga. hahaha *

* aku tak tau la kenap pic blur. huhu *


pas shisha ktorang pergi makan kat CHOP N STEAK ( dulu kalu tak silap namanya THE SHIP ) plak. isi perut la. dah jenuh hidu bau asap shisa, cam lapo plak perut ni .

*curik blur punya*

 mula-mula aku tak nak lah makan kat sini sebab makanan dye x best pon. maybe sebab aku makan time bulan puasa. thats why la rasanya pon kurang sikit la.. semalam aku pergi, not bad la.. kira berpatutan. cam best la plak. ahakkz.. 

 tu jela aku nak hapdet untuk hari ini. daa~~

do u LIKE it?

10 March 2011

wayang kulit free!

kali aku nak update pasal cerita dalam kain plak.. DALAM KAIN?? OMG!!
cerita ni bole la di kategorikan baru jugak la, tapi aku adalah orang terakhir yang update pasal cerita ni selepas FARZANA n SYAZATUL. ini entry pasal wayang kulit yang aku tonton secara percuma dengan beruk and monyet 2 ekor tuh ( aku memang panggil kawan-kawan aku camtuh )


*nampak tak kereta dorang tu? dorang da pindah port dah mase kitorang amek gambar ni*


aku tak kesah pon sebenarnya kalo dorang ni nak beromen ke hape kan. sumpah aku tak kesah! sebab kubur aku ngan dorang lain-lain, so, bia la dorang tanggung dosa masing-masing kan.
kat sini aku bukan nak mengutok or mengumpat, tapi aku just nak bagi pandangan aku je..

kot ye pon uolz da sangap and dah tak boleh tahan kan, korang pergi la cari port baik sikit, yang takde orang lalu lalang, yang sunyi-sunyi sikit. ni tak, kat tempat orang ramai melepak jugak dorang nak beromen. eh, hellow, mata aku ni tak rabon lagi tau!. masih nampak dengan jelas ape dorang buat dalam kereta.
area selangor ni, setau aku, bnyak hotel-hotel bajet yang boleh korang pergi untuk wat mende tu semua okeyh. aman, tiada gangguan and takdelah kitorang dapat tempias dosa korang (mengutuk) .

kalo dah beromen depan kitorang, memang konfem-konfem la kena kutok! aku rasa cam nak ketok je pintu kereta dia tuh and suruh dorang cari port baik sikit, or suruh dorang balik umah and kawen je tros. bukan ape, sakit mata kami yang melihatnye. kami pon ade jugak boipren ni, tapi akdelah sampai tergamak nak beromen depan orang. agak-agak la weyh.

* ni port pertama dorang *


maybe dorang bajet dorang punye kereta tu tinted kaw-kaw punye lah, sampai orang luar pon takboleh tengok. padahal tinted dorang same je dengan kereta aku tuh, so memang bole nampak dengan clear la.


k la, aku cam malas lak nak bercerita pasal dorang ni. wat semak kepala ota aku jee.. baik aku tido da..



* sume bajet comel la kan..* 


* tengok tinted kereta aku. tade lah gelap sangat kan?*

ok lah. rasenye, tu jela aku nak update pasal entry kali ni. chaw!



p/s : suka tengok koleksi latest pic aku. :)

26 January 2011

tempat best untuk rilex.





ehem - ehem. 

i nak cerita pasal tempat makan yang i pergi semalam. best, santai, cantik, n berbaloi sangat - sangat. :D

semalam i pergi cari kedai makan yang ala - ala santai gitu, untuk sambut birthday En. Bee. huhuh. semalam jugak adalah hari perkenalan or pertemuan kami yang ke tuuuuutttt. hahha. biarlah rahsia ( bek x yah citer kalo rahsie ) hahhaha.

ekceli, memang i da plan nak makan kat sini, sebab before dis, i da meng-google tempat - tempat makan yang cantik, santai n not too expensive la. sbab kali ni i yang kene belanje orang tu sebab semalam kan birthday si dia. huhuh. so, kene la berpatutan dengan bajet aiiii.. :p

i memang tak pernah pergi tempat ni. and i pon tak tau tempat ni kat celah mane. yang i tau, ianya kat gombak. so, we decide to explore first. kalo tak jumpe, baru pergi kat restoran tupai - tupai. explore punye explore, akhirnya jumpe la tempat ni. nasib baik la dye yang drive. kalo i yang drive, memang sampai kol 12 tengah malam pon tak jumpe agaknye. huahuahahu :p. tempat ni agak dalam - dalam sikit. dekat kawasan perumahan. kalo tengok dari luar, memang tak sangka la, kat kawasan perumahan tu ade retoran and spa.

sampai je kat sne, mula la i takut. takut tak cukup bajet. hahha. yela, nmpak exclusive je restoran tu. rase cam tak mampu nak makan kat situ. rase cam nak patah balik je. hahhaha. tapi... we all redah jugakk :)

kat sane, dorang akan bagi choice kat kita, either nak bersila or duduk kat kerusi. and we choose to bersila. hehehe

bile i tengok menu, memang terkezut tawww. sebab ape yang i sangkakan, meleset sama sekali. harga die memang berbaloi2 sangat. tak mahal pon. standard sajaaaa.


i da lupe name dye. tapi memang sedap.
 RM 18.90

tak dapat nak tangkap pic banyak - banyak sebab lampu kat pondok yang kami pilih tu agak malap. so gambar pon tak bnyak and tak cantik sebab guna camera nokia 3310 je. huhuhu. hahha :p


muke en.Bee xleh bla. hahahha. muke kelaparan


seronok santai - santai kat sini. rase cam taknak balik umah je. hahha. environment dye memang best.  bayangkan lah, menikmati hidangan dengan aingin yang sepoi - sepoi bahasa. eceeeehhh. pastu dengan environment yang mendamaikan,xde la bising cam kedai mamak tuuu. heheh.
servis bagos. makanan pon best. harga pon best and sumenye lah best. tak rugi kalo pergi sini.

kat sini pon ade Spa taw. so, sape rase nak gi Spa tu, try la kat sini. leh makan - makan sekali. :)


for more info click kat name restoran kat atas tuu.
daaaa :)








17 January 2011

Trip TO Bukit Tinggi, Pahang

ingat lagi tak entry saya pasal bukit tinggi vs genting higland. tahun lepas punya entry. okee. kalo tak ingat tak ape. heheh. saya sekarang ni nak buat entry bahawasanyanye saya da sampai ke Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. bukan bukit tinggi yang kat Indonesia tuuu. saya tak sampai lagi kesana. hehe. ngak ada uang deh.

our first destination at B.T (bukit tinggi) is Japanese Tea House & Botanical garden. B.T ni terletak berhampiran dengan genting higland sikit la. memang syok kot kat B.T ni. udara yang segar dan nyaman sebab kawasan hutan  and cuaca yang sejuk. kami sampai ke B.T ni pada jam 1pm, tapi, cuaca kat sana macam lepas subuh ( cuaca shah alam n KL ). embun je manjang. sejuk. tak ade matahari. hahaha. bukan tak ade. tapi xterik and memang tak terasa pon bahang matahari tuu.

eyh lupe lak nak bagi tau. saya pergi ke B.T ni bersama en. BEE. ngee ( muke gedix )  :p
kami berdua je. saddiisss T__T. tapi besstt. hahahah


sebelum smpai tempat jepun ni. kene daki bukit dulu. tinggi kot. memang penat. tapi sikit pon tak keluar peluh sebab cuaca kat sana sejuk kannnn. gigil2 saya. 


nampak tak kabus - kabus tuuu. best kan? memang best. segar. sooo fresssshhh


abaikan yang ini. :p






dashboard. :)



iklan tak berbayar. :p

*************************************

COLMAR TROPICAL

kat B.T ni tak macam kat genting. sebab ape, setiap tempat, lain2 tempat. paham tak?
contohnye, japanese village ni, paling atas skali.
colmar tropical bawah sikit,
rabbit part park, bawah lagi. 
tu jela yang kami pergi. kami tak explore semua tempat sebab cuaca yang kurang mengizinkan. ujan renyai - renyai. en.Bee cakap, ujan kat atas bukit ni sihat. tak akan demam. hahaha. memandai je dye. tapi betol gak rasenye, sebab saya tak demam pon hari ni. anyway, itu semua kuasa tuhan. 


cuaca yang mendung




mase jenjalan kat cormal tropical ni, ujan renyai - renyai tw. 


saya : "ujan ni. nak redah ke?"
en Bee : "anggap je ini salji sebab sekarang ni kita berada di franc."


hahah. layan sajjaaaaa.


posing sana sini. muahahah


here i am..







thankz to en & miss bla bla. haha. tak tau nama. tapi slalu terserempak dengan pasangan yang capture pic kami ni. kat rabbit park pon terserempak lagi. :)


jangan lihat pinggang n kebawah. saya malu sebab demok. :p


*******************************************

RABBIT PARK


ni kat "baby center". so, kat sini jela yang comel - comel rabbitnye. gebu  semuanya, sebab new born.


kat tempat ni, rabbit dibiarkan bebas bermain dengan guest. tapi dorang ni manja. kena bagi makanan dulu baru dorang akan dekat dengan kita. kalau tidak, memang lari la dorang....


niat nak pegang. tapi xde makanan. so, sumenye lariii. hahahha



dorang ni agak berbau sebab dibiarakn bermain di atas tanah. tak macam yang new born tu. dorang dok dalam sangkar. so, takde la comot.


tempat ni bagi saya, takde la menarik sangat. sebab horse n donkey busuk. huhuh. dorang x mandi. :p

***************************************

THE CURVE, IKANO, AND E@CURVE

kami bergerak pulang ke KL raound 5.30 kot. ntah la, tak bape nak ingat. sebab masing- masing da letih and da tak tau nak buat ape. hehheeh. kat B.T macam da nak gelap, tapi bile sampai kL, masih terang benderang and terik. rase macam nak balik rumah dah, tapi cam awal lagi la plak. hehhe ( gedix ) :p

so, kami pon bergerak la ke the curve. sambil - sambil cuci mata dengan barangan yang di jual,lepas jenjalan tanpa arah tujuu kat the curve tu, kami pon tengok wayang la... tengok cerita ape yang menarik hehhehe. memang tak plan pon, tapi secara tiba - tiba nak tengok wayang. kami TENGOK. bukan BUAT wayang okee. huhuhuh

tetibe saya and en.Bee mcam shock culture. ecececec :p.
yela, tadi siang kemain lagi menghirup udara segar di dalam hutan yang hanya kedengaran bunyi - bunyi burung berkicauan, tetibe datang kL, dengar bunyi bising and bau asap (macam xbiase je aku ni. poyo jap ) :p


THE END
:)

kesimpulannya, B.T ni memang best. kalo uolz pergi kat Colmar Tropical, pukul 3.30 ade show. tarian bogel. hahha. takde la. tarian orang pkai bikini la. laki - laki konpem akan sukeeee. x kelip- kelip mata tengok tarian tu. buktinya, orang sebelah saya. hahaha. ade jugak makcik - makcik yang bawak anak - anak kecik. haha. kecik- kecik da d beri education pasal tarian berbikini. :p






p/s: petang ni ade interview. tu pon if aku rajin pergi. hehehhee