Showing posts with label ohh LELAKI. Show all posts
Showing posts with label ohh LELAKI. Show all posts

14 March 2011

6 SEBAB DI TINGGAL BF/GF

korang pernah tak mengalami saat-saat indah menjalin kasih sayang bersama buah hati, then secara tetiba dia putuskan hubungan tanpa sebab dan alasan yang jelas? BF/GF korang "bla" camtu jer, dan ianya memberi kesan yang amat mendalam kat korang. korang pon di belenggu dengan berjuta-juta pertanyaan. kenapa?.mengapa?.why?. ooooo my darling, why u leave me??? whyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!






so, disini saya nak kongsi denganuolz yang baru putus cinta or maybe yang dah lama putus cinta tapi masih tertanya-tanya sebab si dia tinggalkan uolz.

1. Si Dia Tidak Melihat Masa Depannya Bersama Anda

mungkin masa awal-awal bercinta dulu, semua tmapak indah and ala-ala sweet gitu. yela.. mula-mula kan.. kentot pon wangi. so, masing-masing rasa bahagia je. tapi bila dah lama-lama, maybe si dia tak nampak sinar kebahagiaan pada masa akan datang dalam hubungan yang korang bina tu. sebab tu lah, si dia tinggalkan uolz untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.


2. Si Dia Takut Berkomitmen
kalau korang nak tau, orang lelaki ni, dorang ni susah sikit nak bagi komitmen or dalam erti kata lain, dorang malas nak berkomitmen even dah bercinta bertahun-tahun sekalipon. maybe, camtu jugak la BF korang. sebenarnya BF korang tak sampai hati nak bagi tau kt uolz yang dia masih belum ada komitmen. so, dorang pilih jalan untuk "bla" shj, daripa mengatakan hal yang sebenar. halangan daripada family pon boleh jadik jugak.



*lelaki yang tak suka ada ikatan dengan mana-mana pompuan adalah pondan!*



3. Si Dia Memiliki Masalah Pribadi

mungkin jugak si dia ada masalah peribadi. contohnya: kucing dia mati ke.. hahahha. takde lah. maybe dorang ade masalah kewangan ke, stress dengan kerja ke.. so, dengan adanya korang disisinya, MAYBE dia merasa bahawa korang ni hanya menambah kan tekanan dan membuatkan dorang lebih kusut. maka dengan itu, dorang memilih jalan untuk keluar dari tekanan tersebut.


4. Dia Memilih untuk 'Move On'

si dia baru sedar bahawasanya hidop dorang bosan bersama korang. asyik-asyik aktiviti yang sama je tiap-tiap hari. tak ade perkembangan langsung. so, dia memilih untuk "MOVE ON".



5. Hubungan Tidak Membaik

BERGADUH. saya percaya sume orang mesti pernah bergaduh dengan pasangan. tipu la kalu tak pernah gaduh. tak happening langsung hubungn korang tuh. tapi, kalu bergaduh tu.. kena berpada-pada n kena la berbaik semula. kalau tak baik-baik jugak, maybe si dia jenuh ah nak pujuk korang yang tak abes majok 24jam. so, dia pon memilih untuk tinggal je korang kat situ. ramai lagi orang yang nak kat dia kot.



*pening kepala layan karenah pasangan*

6. Si Dia Merasa Bersalah

part ni aku paling suka. si dia mula merasa bersalah sebab dia tau dah banyak kali dia sakitkan hati korang. walaupun dia dah telah berubah dan janji tak buat lagi, tapi korang masih tak nampak perubahan dalam diri dia dan  mende ni akan membuatkan dia merasa bersalah. sebab tu lah dia pergi dari hidup korang dan berharap korang akan menemui sinar kebahagiaan. 






p/s: tak semua sang kekasih meninggalkan pasangan sebab adanya orang ke 3. masih banyak lagi alasan yang membuatkan dorang berputus asa untuk meneruskan percintaa.

13 March 2011

:: jantan tak tau malu dan gila seks :: (18sx)


sape tak kenal MARIA OZAWA? cuba angkat kaki sikit. aku nak tengok berapa ramai yang tak kenal. 1, 2, 3, 4, 5. 5 orang je???

okay. siapa yang  kenal, sila angkat tangan pulak. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,8,9,....................wow! ramai gilossss. especially laki. hahah
aku tau la korang memang suka kat p*** star jepon nih. ( asal aku asyik hapdet pasal jepon ek?)

ceritanya begini. tadi petang aku tengah usah-usha blog orang, pastu tengok-tengok pesbuk. then, aku hapdet status aku pasal minah ni.


so, lepas hapdet status ni, aku pon pegi lah kat page beliau. nak tengok kot2 memang btol ke dye terkorban kan. huhuhu


*ko tengok bape rmai orang minat dia?*

memang ramai. hahhah
mase aku ngah scroll ke bawah, aku ternampak la satu mamat ni, yang muka bertalam talam. rase cam nak tembak je kepala dia. first-first aku bace pose wall dia, aku ingt mamat ni marah kat Maria Ozawa ni sebab jadi pelacur. memang iye dia marah. tapi last sekali ayat dia cam harem. bongok punye jantan. 



* dia da kutuk-kutuk, pastu nak offer diri. Podah!*

kalau kau rase baek sangat, tak perlu la nak kutuk-kutuk orang bagai kan. pastu nak ''offer" diri lak. dasar jantan tak tau malu. nampak sangat dia gila seks. dia nasihat bagai nak rak. tapi rupa-rupanya peminat P*** star. 
cinabeng betol!

bubbye!


07 March 2011

Maniskah Bermadu??

salam to all.. dah lama gile kot aku tak update blog ni. dah berhabuk. fuh!! fuh!! ( tiup habuk ). macam biase, aku tak update sebab laptop aku ni problem bnyak. dah tenat kot. tunggu masa je nak di cabut umurnya. :p

okay, sekarang ni aku nak update pasal MADU. madu ape? madu lebah ke, madurasa ke, bermadu ke, dimadu ke. pape jela. janji madu kan. 
madu ni manis dimakan. tapi madu lebah la.. semua orang suke kan? baik untuk kesihatan plak tu. tapi kalau BERMADU, ni hanya manis bagi sesetengah insan je. bermadu ni sangat manis bagi kaum lelaki. dorang memang suka bab-bab camni ni. dah nama pon laki kan... tapi kalau bagi kaum hawa macam aku, memang tak lah...~~ kirim salam. yela, perempuan mane yang nak bermadu? sakit wooo. pahit bak hempedu. ceehhhh~~ hahah (cam ade pengalaman je)

ok. enough! pagi - pagi tadi aku dah dikejutkan dengan tajuk utama Metro hari ni. ade sape-sape baca metro tak hari ni? yang baca, mesti dah tau dengan tajuk utama Metro. kalau nak tau, tekan SINI.


wah.. elok-elok mate aku yang tengah kuyu dan mamai sebab baru bangun tido, teros terbeliak biji mata tengok berita hangat macam tu..
cerita ni mengisahkan bapak tiri yang slalu sangat " bedal " anak  tiri dia, sampai beberapa kali terserempak dengan ahli keluarga lain masa tengah menjalankan "aksi". ekceli, mende-mende camtu, bukan 'luar biasa' zaman sekarang ni. di anggap biasa dah ( bagi pelakunya ). tapi bagi masyarakat, kejadian sebegini adalah sangat jijik. Nauzubillah


*gambar hiasan*

ni baru anak tiri, ada jugak bapa-bapa di luar sana yang lebih teruk daripada ni. bapa " bedal " anak kandung sendiri. ape kes??? haish.. dorang ni sume betul-betul da buta hati. anak sendiri pon nak dijadikan pemuas nafsu. bini ada kat rumah bukan nak jaga elok-elok. anak jugak yang nak di bedal. tarak otak punya olang.  kot ye pon ko da sangap sangat pergi la 'buat' dengan bini. kalu dah tak selera dengan bini, ko pergi la kat lorong haji taib. kat sane ko boleh pilih mengikut citarasa haiwan kau tuh. nak sangat buat dosa kan. amek kau! kalau omputih or orang-orang yang bukan islam buat mende camni, takde lah aku nak heran sangat. ni nama je dalam maykad islam. tapi perangai lebih teruk dari orang bukan islam. hidup ni tak lama weyh. bila-bila je bole dicabut. so, bawa-bawa lah beringat Yang Maha Esa. 
kepada pembaca-pembaca yang telah bergelar bapa, sila lah  ambil ikhtibar. jangan jadik cam bapa-bapa binatang yang takde rase tanggungjawab. anak tu kan anugerah tuhan. so, jaga lah seelok-eloknya. ajar yang baik-baik je.


*google*

tu jelah sebenarnye aku nak update for today. chaw!

p/s : nak mula aktif berblogging balik..

18 December 2010

10 Jenis Lelaki Berbahaya





malas menghapdet belog. so, copy n "teh" jela sumber yang aku dapat. 


motip : berkongsi ilmu dengan  rakan sejenis. :) mungkin serba sedkit boleh membantu.


Ini tips untuk wanita. Anda kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang tertera di bawah. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuatkan hidup anda bermasalah macam mereka juga.

1. Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.

2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.

4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.

6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri.
Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.

9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.





p/s : kene berhati2 ye.. :D

30 March 2010

fAkTa teNtaNg LeLAki..

1.Lelaki tidak detail dlm percakapan
Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.
Contohnya, dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!
Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip
Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!
Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

>> DALAM HAL MEMASAK..
  • 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
  • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
  • Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
  • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
  • Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin.  Tak ketinggalan jugak kicap masin…
  • Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
  • Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
  • Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:
  • Malas nak pegi kedai
  • Hampir hampir pokai
  • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
  • Mental theraphy
  • Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
  • Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..
 

20 December 2009

Bagaimana memujuk lelaki @ Wanita yg merajuk..



Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.