22 May 2010

Karikatur Nabi Muhammad S.W.T


Tindakan beberapa akhbar sweden dalam menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W beberapa hari lepas sangat mendukacitakan umat Islam. Tindakan akhbar-akhbar tersebut jelas bertujuan untuk menimbulkan kemarahan Umat Islam sedunia. Sebelum ini, kita telah dikejutkan apabila akhbar Denmark telah menyiarkan karikatur menghina Rasulullah S.A.W pada tahun 2008. Hasil daripada kejadian tersebut, Kebanyakkan umat Islam sedunia telah mengambil keputusan untuk memboikot hasil keluaran daripada Denmark. Namun, tindakan akhbar sweden yang cuba menyiarkan semula karikatur menghina Nabi jelas menunjukkan mereka sebenarnya ingin mencabar sensitiviti umat Islam.

Gambar Karikatur Yang Dilukis




Apa Respon Umat Islam Di Malaysia....??

Seperti kebiasaannya, kebanyakkan mereka yang bergelar Islam di Malaysia ini hanya ada pada nama sahaja. Segala penindasan yang berlaku terhadap agama mereka dirasakan seperti tiada apa yang berlaku oleh kerana penindasan-penindasan itu tidak mendatangkan kesan kepada mereka. Mereka lebih tertarik akan berita-berita atau isu-isu yang berkaitan dengan bintang filem, artis-artis dan filem-filem cinta, lawak yang akhirnya menjadikan nafsu hiburan itu menguasai diri mereka.  Jika beginilah Islam di Malaysia, maka tidak mustahil penjajahan Malaysia hanya mengambil masa kurang daripada seminggu. Semuanya tidak sanggup untuk berkorban oleh kerana lebih sayangkan harta dan nyawa daripada ingin mempertahankan tanah air.

Jasa Pengorbanan Seorang Insan Yang Bernama Muhammad

Tidakkah kita merasa marah dan geram sekiranya Saidina Muhammad dihina dan dicerca? Tidakkah kita terasa ingin mempertahankan baginda sepertimana baginda mempertahankan umatnya? Cuba kita merenung kembali bagaimana hasil titik peluhnya Saidina Muhammad dalam menyampaikan ajaran Islam sehingga tersebar ke seluruh dunia. Ingatkah kita bagaimana Rasulullah S.A.W ketika di permulaannya penyebaran Islam? Baginda dihina, dicerca, dibaling tahi, dibaling batu, diseksa dengan pelbagai siksaan sehinggakan timbul ganjaran bagi siapa yang mampu untuk membunuh baginda. Namun apakah tindakan baginda dalam mempertahankan ummat? Baginda lebih rela diperlakukan semua itu. Sekiranya teradapat seorang muslim diganggu oleh kaum musyrikin, baginda rela mengumpulkan kesemua muslim yang ada bagi memberi pengajaran kepada kaum musyrikin tersebut. Baginda rela korbankan apa sahaja demi melihat umanya berada dalam keadaan selamat dan selesa. Namun, apakah tindakan kita apabila Baginda dihina sekarang? adakah kita hanya mampu membisu, membutakan mata dan mempekakkan telinga? relakah kita berkorban sebagaimana baginda berkorban demi mempertahankan ummatnya? pikir-pikirkanlah wahai sahabat-sahabat

Bangkitlah Wahai Ummah

Kini bukanlah waktu untuk umat Islam membisu. Kita sudah melihat pelbagai kebangkitan demi kebangkitan yang berlaku kepada gerakan Islam. Kita sudah melihat bagaimana kerajaan Islam di Iran yang mampu membina teknologi nuklear tanpa perlu gentar dengan ancaman-ancaman barat. Kta sudah lihat akan kebangkitan gerakan Islam di Turki sehingga mampu membentuk kerajaan dalam memerintah Turki. Kita sudah lihat akan peningkatan statistik orang yang masuk Islam di Barat. Namun, apakah kita masih lagi perlu gentar akan ancaman dan tekanan yang dilakukan oleh puak-puak kafir? Kita sekarang bukanlah di saat dakwah secara rahsia atau secara sir, namun gerakan kita sudah tiba kepada peringkat yang perlu kita zahirkan kebangkitan Islam. Sudah tiba masanya kita tentang segala penindasan serta kezaliman yang berlaku terhadap umat Islam di setiap pelusuk dunia. Ayuh sahabat-sahabat, mari kita bangkit dan nyatakan penentangan kita terhadap segala penindasan dan kezaliman yang berlaku. Jika sekiranya penghinaan terhadap Idola utama kita Nabi Muhammad S.A.W kita tidak hiraukan, apatah lagi jika kita ingin membentuk semula kerajaan khalifah Islamiyah. Sedarlah para sahabat.....


"ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH"

No comments: