27 January 2011

..:: gadis rabu ::..

ape ade pade hari rabu? ade pasar rabu ke? HAHAH.
tapi hari bukan hari rabu.
ini kisah di hari rabu. :P





dulu mase kat sekolah, time tu form 5 kot. aku paling suke hari rabu. sebab haru rabu ade pendidikan jasmani di waktu pagi and tiade kelas math. hahah. best2. sebab, pagi - pagi xdelah mengantuk sebab ade kelas PJK. and takde lah aku nak mengelak dari kelas math macam hari - hari lain. :p. aku memang tak suke math. math pon tak suke aku. hahhah.


okee. back to da topic, sebenarnya, aku nak bercerita tentang personaliti aku yang tak bape bole untuk di banggakan ni. sedang aku bosan - bosan dok jage kedai bapak aku ni ha.. aku pon google la " rahsia hari kelahiran ". aku tau mende alah ni bukan leh percaya sangat. tapi layan sajaaa. :p


antaranya ialah...
jeng jeng jeng!!




Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.

" haha. itu lah kelemahanku. don't mess with me ya! hahha. aku tau perangai tu tak baik. sekarang ni aku cube control diri aku agar cuba untuk lebih bersabar and cuba untuk buang semua sifat dendam kesumat ni. tapi, aku akan berbuat baik and lebih baik jika orang tu buat baik kat aku. Insyaallah.."


 Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. 

" bergaul? amek hati? hmmm.. bole la.. tapi takde la pandai sangat. hehehe. mungkin sebab aku ni suke bercakap kot. tapi ngan orang yang aku kenal je okee. kalo baru kenal tu, agak malu2 kucing sikit. hahhaha.
menghargai? hmm. bole laaaaaa. aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai orang tu seikhlas hati. :D. kalo ade sesape yang ter baca pengakuan aku ni, and rase aku ni xreti menghargai, sorry la. coz menghargai ni kene ikhlas kan? kalo tak ikhlas, lu pikir la sendiri. hahah "


Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.

" yupz! aku lebih suke pentingkan teman - teman aku daripada aku. aku akan cuba menjaga hati dan perasaan dorang and aku rela berkorban untuk sahabat - sahabat aku walaupun itu berat buatku. huhuh. senang citer, kawan utama la daripada diri sendiri. tapi tengok keadaan jugak la. tapi aku rase, aku memang akan mementingkan kawan - kawan sekeliling aku. tapi jangan pulak korang amek kesempatan yeR! "


 Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.

"yup. i'm very open minded person. lantak korang la nk kutuk ke hape. ade aku kesah? hahha. means, aku ni xde la amek hati sangat if ade someone kritik aku. sebab aku jadikan itu sume sebagai panduan agar menjadi lebih baik.
tak pandai simpan rahsia? bukan tak pandai.. tapi aku ni cam kureng ketat sikit dalam simpan rahsia. tapi takde la sume rahsia aku bocorkan. aku akan share rahsia tu dengan orang yang aku percaya je. means, aku akan share dengan orang yang aku rase betul - betul bole simpan rahsia tuuu. hahha. 
aku memang tak suke diperintah. sebab aku suke jadi bos. :D . tapi kalo keje ngan orang, konpom2 la diperintah kan? ngeeee. maksud aku, aku boleh disuruh, tapi kene lah cara lembut gitu.. takde la nk perintah pastu gunekan cara kasar. memang tak la. otomatik muke aku jadi toye and akan jadi tensen. tapi xde la sampai nages -nanges okee? :p"


 Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.

" hmmm. rase nye lah kot. hehehe. aku memang susah sikit nak buat keputusan. kadang - kadang lain di hati, lain di mulut dan memang kurang pengalaman tapi mempunyai cita - cita yang tinggi :) "


 Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.

" yes! aku memang begitu. tapi aku ni jenis yang susa merajok kecuali dengan si dia ( ngade2 ). alaaa, majok manje2 je. hahhaha. maksud aku, aku takde la nak majok - majok ngan kengkawan. not my type. haha. and aku pon tak suke kwan - kwan majok dengan aku. hanya orang tertentu je leh pujuk aku. kalo setakat pujuk main2, tak payah. memang tak ku layan "


 Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. 

" ngeee. ape yang ade dalam pale otak aku bile ade duit? mesti la shoooopink! shooopink! and shooopink! memang tak reti nak simpan duit. huhuhu


Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.

" kadang - kadang je sanggup berkorban. hehehe. tak bole di biasekan sangat. nanti orang kan pijak kepale plak. "


 Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

" hohohohoho. no komen.. teeeeeeeettt. aku lom kawen lagi. so, xtw la tinggi ke rendah. hahhaha "

26 January 2011

tempat best untuk rilex.





ehem - ehem. 

i nak cerita pasal tempat makan yang i pergi semalam. best, santai, cantik, n berbaloi sangat - sangat. :D

semalam i pergi cari kedai makan yang ala - ala santai gitu, untuk sambut birthday En. Bee. huhuh. semalam jugak adalah hari perkenalan or pertemuan kami yang ke tuuuuutttt. hahha. biarlah rahsia ( bek x yah citer kalo rahsie ) hahhaha.

ekceli, memang i da plan nak makan kat sini, sebab before dis, i da meng-google tempat - tempat makan yang cantik, santai n not too expensive la. sbab kali ni i yang kene belanje orang tu sebab semalam kan birthday si dia. huhuh. so, kene la berpatutan dengan bajet aiiii.. :p

i memang tak pernah pergi tempat ni. and i pon tak tau tempat ni kat celah mane. yang i tau, ianya kat gombak. so, we decide to explore first. kalo tak jumpe, baru pergi kat restoran tupai - tupai. explore punye explore, akhirnya jumpe la tempat ni. nasib baik la dye yang drive. kalo i yang drive, memang sampai kol 12 tengah malam pon tak jumpe agaknye. huahuahahu :p. tempat ni agak dalam - dalam sikit. dekat kawasan perumahan. kalo tengok dari luar, memang tak sangka la, kat kawasan perumahan tu ade retoran and spa.

sampai je kat sne, mula la i takut. takut tak cukup bajet. hahha. yela, nmpak exclusive je restoran tu. rase cam tak mampu nak makan kat situ. rase cam nak patah balik je. hahhaha. tapi... we all redah jugakk :)

kat sane, dorang akan bagi choice kat kita, either nak bersila or duduk kat kerusi. and we choose to bersila. hehehe

bile i tengok menu, memang terkezut tawww. sebab ape yang i sangkakan, meleset sama sekali. harga die memang berbaloi2 sangat. tak mahal pon. standard sajaaaa.


i da lupe name dye. tapi memang sedap.
 RM 18.90

tak dapat nak tangkap pic banyak - banyak sebab lampu kat pondok yang kami pilih tu agak malap. so gambar pon tak bnyak and tak cantik sebab guna camera nokia 3310 je. huhuhu. hahha :p


muke en.Bee xleh bla. hahahha. muke kelaparan


seronok santai - santai kat sini. rase cam taknak balik umah je. hahha. environment dye memang best.  bayangkan lah, menikmati hidangan dengan aingin yang sepoi - sepoi bahasa. eceeeehhh. pastu dengan environment yang mendamaikan,xde la bising cam kedai mamak tuuu. heheh.
servis bagos. makanan pon best. harga pon best and sumenye lah best. tak rugi kalo pergi sini.

kat sini pon ade Spa taw. so, sape rase nak gi Spa tu, try la kat sini. leh makan - makan sekali. :)


for more info click kat name restoran kat atas tuu.
daaaa :)








17 January 2011

Trip TO Bukit Tinggi, Pahang

ingat lagi tak entry saya pasal bukit tinggi vs genting higland. tahun lepas punya entry. okee. kalo tak ingat tak ape. heheh. saya sekarang ni nak buat entry bahawasanyanye saya da sampai ke Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. bukan bukit tinggi yang kat Indonesia tuuu. saya tak sampai lagi kesana. hehe. ngak ada uang deh.

our first destination at B.T (bukit tinggi) is Japanese Tea House & Botanical garden. B.T ni terletak berhampiran dengan genting higland sikit la. memang syok kot kat B.T ni. udara yang segar dan nyaman sebab kawasan hutan  and cuaca yang sejuk. kami sampai ke B.T ni pada jam 1pm, tapi, cuaca kat sana macam lepas subuh ( cuaca shah alam n KL ). embun je manjang. sejuk. tak ade matahari. hahaha. bukan tak ade. tapi xterik and memang tak terasa pon bahang matahari tuu.

eyh lupe lak nak bagi tau. saya pergi ke B.T ni bersama en. BEE. ngee ( muke gedix )  :p
kami berdua je. saddiisss T__T. tapi besstt. hahahah


sebelum smpai tempat jepun ni. kene daki bukit dulu. tinggi kot. memang penat. tapi sikit pon tak keluar peluh sebab cuaca kat sana sejuk kannnn. gigil2 saya. 


nampak tak kabus - kabus tuuu. best kan? memang best. segar. sooo fresssshhh


abaikan yang ini. :p






dashboard. :)



iklan tak berbayar. :p

*************************************

COLMAR TROPICAL

kat B.T ni tak macam kat genting. sebab ape, setiap tempat, lain2 tempat. paham tak?
contohnye, japanese village ni, paling atas skali.
colmar tropical bawah sikit,
rabbit part park, bawah lagi. 
tu jela yang kami pergi. kami tak explore semua tempat sebab cuaca yang kurang mengizinkan. ujan renyai - renyai. en.Bee cakap, ujan kat atas bukit ni sihat. tak akan demam. hahaha. memandai je dye. tapi betol gak rasenye, sebab saya tak demam pon hari ni. anyway, itu semua kuasa tuhan. 


cuaca yang mendung




mase jenjalan kat cormal tropical ni, ujan renyai - renyai tw. 


saya : "ujan ni. nak redah ke?"
en Bee : "anggap je ini salji sebab sekarang ni kita berada di franc."


hahah. layan sajjaaaaa.


posing sana sini. muahahah


here i am..







thankz to en & miss bla bla. haha. tak tau nama. tapi slalu terserempak dengan pasangan yang capture pic kami ni. kat rabbit park pon terserempak lagi. :)


jangan lihat pinggang n kebawah. saya malu sebab demok. :p


*******************************************

RABBIT PARK


ni kat "baby center". so, kat sini jela yang comel - comel rabbitnye. gebu  semuanya, sebab new born.


kat tempat ni, rabbit dibiarkan bebas bermain dengan guest. tapi dorang ni manja. kena bagi makanan dulu baru dorang akan dekat dengan kita. kalau tidak, memang lari la dorang....


niat nak pegang. tapi xde makanan. so, sumenye lariii. hahahha



dorang ni agak berbau sebab dibiarakn bermain di atas tanah. tak macam yang new born tu. dorang dok dalam sangkar. so, takde la comot.


tempat ni bagi saya, takde la menarik sangat. sebab horse n donkey busuk. huhuh. dorang x mandi. :p

***************************************

THE CURVE, IKANO, AND E@CURVE

kami bergerak pulang ke KL raound 5.30 kot. ntah la, tak bape nak ingat. sebab masing- masing da letih and da tak tau nak buat ape. hehheeh. kat B.T macam da nak gelap, tapi bile sampai kL, masih terang benderang and terik. rase macam nak balik rumah dah, tapi cam awal lagi la plak. hehhe ( gedix ) :p

so, kami pon bergerak la ke the curve. sambil - sambil cuci mata dengan barangan yang di jual,lepas jenjalan tanpa arah tujuu kat the curve tu, kami pon tengok wayang la... tengok cerita ape yang menarik hehhehe. memang tak plan pon, tapi secara tiba - tiba nak tengok wayang. kami TENGOK. bukan BUAT wayang okee. huhuhuh

tetibe saya and en.Bee mcam shock culture. ecececec :p.
yela, tadi siang kemain lagi menghirup udara segar di dalam hutan yang hanya kedengaran bunyi - bunyi burung berkicauan, tetibe datang kL, dengar bunyi bising and bau asap (macam xbiase je aku ni. poyo jap ) :p


THE END
:)

kesimpulannya, B.T ni memang best. kalo uolz pergi kat Colmar Tropical, pukul 3.30 ade show. tarian bogel. hahha. takde la. tarian orang pkai bikini la. laki - laki konpem akan sukeeee. x kelip- kelip mata tengok tarian tu. buktinya, orang sebelah saya. hahaha. ade jugak makcik - makcik yang bawak anak - anak kecik. haha. kecik- kecik da d beri education pasal tarian berbikini. :p






p/s: petang ni ade interview. tu pon if aku rajin pergi. hehehhee


11 January 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !

aku tersangat lah bosan mlam ni kan... so, da memang tak reti nak buat ape, aku belek la farzana punye belog. 


hari tu dye ade suruh aku join kontenz kat belog dye. tapi x sempat - sempat nak jenguk. baru tadi ha aku p singgah jap kat belog si "amoy blur" ni. ( mesti pasni kene serbu ngan dye sebab pnggil name gitu kat belog ni ) hahahha, adeakukesahke :p


uolz kalo nak join pon bole, malah sangat di galakkan. pergi ke belog beliau okee? 




aku nak tag spe ek??


tag jela sape2. hahaha. kepada yang kurang berkenan sebab saya tag, ampunkan saya. ;)








CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !




syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.


09 January 2011

FINALLY..

yes...
FINALLY...

setelah lebih kurang 3 tahun berhempas pulas. bersekang mata dan memerah otak apabila musim peperiksaan tiba, akhirnya, aku telah mencapai kemuncak kegemilangan ( gemilang ke?) huahuahua. whatever. janji aku da GRAD. memang la aku bukan lepasan Ph.D ke, MASTER ke.. hape ke.. DIPLOMA je kot. xde ape yang bole di banggakan sangat pon sebab sekarang ni lepasan diploma da macam lepasan SPM. uhuhuhu. but its ok, ijazah itu adalh bukti saya suda habis belajar.



pejam celik pejam celik, da abes da blaja? macam tak percaya pon ade jugak. rasenye baru je hari tu aku pergi orientation dengan ex-house-mate aku yang sekarang ni entah berada di ceruk mana. tup tup tup, sekarang ni da habis belajar. uwaaaaaa. terlalu pantas mase berlalu kan? selepas ni, saya ade tanggungjawab besar. mencari nafkah untuk anak anak. ( TETIBE. bile mase aku nikah? ) hahhaha.LOL.

InsyaAllah, aku akan meraikan convocation pada mid of da year. tak sabar. hahha.

3/ 1 / 2011 aku pergi interview di sebuah global company. agak besar jugak la company tu. kalo die amek aku bekerja, fuhh! memang berkepuk - kepuk la gaji aku. tapi malangnya, ianya seperti hanya satu angan - angan di siang hari. hahahaha. itu lah first time aku pergi intebiu. memang getar abes la lutut aku! pergh. nerbes punye pasal la ni. dah la lambat nak sampai tempat tu. sebabnya aku sesat. kenapa sesat? sebab aku tak buat survey and preparation sebelum pergi intebiu. hahaha. jangan tiru aksi sengal saya ni okee?

sampai je tempat tu, aku jumpe reception.

reception ; yes ( muke senyum )
aku; i hve an interview with mr. Dan.
reception: 10.30 right? ( mase tu da pukul 10 :50 )
aku : yupz ( senyum kambeng )
reception : u are late! ( senyum perli kot )
aku : ngeee~~~
recetion : isi form, and jap lagi i panggil  mr.Dan.
aku : okay. tq ( senyum lagi. tapi terpaksa )

da abes isi form semua tuh. die suruh aku tunggu jap. aku pon tunggu la dengan penuh rasa gentar di dada. hahhaha. first time kan? mesty laaaaa. selawat, istigfar, and semua doa - doa yang aku tau, aku baca.
5 minit kemudian, nama aku di panggil dan di bawa ke meeting room.
DDUP DAP DUP DAP DUP DUP DUP KEBABOM! ( bunyi jantung ku )

mula - mula okay. pastuh, dia start tanya macam - macam. aku pon x reti nak belitkan lidah aku ni. maklum la, english aku ni sangat lah corot. harap tulis je. cube sowh aku speaking. memang hancussssssssss... hahhaha. aku sendiri pon x paham mende yang aku speaking. interviewer aku lak cina. so, dye memang xreti la kot nk cakap melayu. aku nk celah bahasa melayu pon malu. takot. so, bedal jela. bia la dye paham ke tidak. huahuahuahuahua. nak sangat aku speaking tonggang terbalik. sejam jugak la dye interview aku. hahha. gile bosan. " aaaaa. errrrrrrmmm. aaaaaaaa.. errrrmmm" je lebeyh. maklum la. nerves + xreti nk belit lidah ( speaking ) + xde pengalaman dalam interview ni.

selepas ini, memang aku akan buat preparation la if ade interview lagi. and my 1st time interview i will always remember as my first time experience. hahah. so funny but little bit sweet. ( TIPU) hahahah

hai... hye.. hi.. hello... whatever!

hai..
ape kabau olang - olang sume? ( pe bahase daaa)

lamenye x update blog. seminggu da kot. saya ade macam - macam problem la.. pertama sekali ialah, adapter ku rosak. so, xleh la nak on lappy. lappy ni da banyak kali buat hal. almaklum la. da uzur agaknye. tuannye pon, pakai dengan cara yang sangat80x extrem. so memang padan la muka saya. T__T.  LOL!

ingatkan nak update 3/1/2011. mase tu kan budak - budak baru masok sekolah. termasuklah adik - adik saya. tapi tak dapat amek gambar sume tu sebab saya kena attend interview pulok. so, acara amek gmbar di tunda pada 4/1/2011. 


earin exited sebab saya yang anta pada hari ke dua persekolahan.





******************************************


ini diary adik saya yang no 3. baru darjah 3, tp da ramai awek. giler dahsyat la mamat ni. hahhahah
saya jumpa baru je tadi mase ngah ajar adik bongsu (earin). diary tuuuuu...


ini dia si playboy jalanan. hahhah

ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)