17 January 2011

Trip TO Bukit Tinggi, Pahang

ingat lagi tak entry saya pasal bukit tinggi vs genting higland. tahun lepas punya entry. okee. kalo tak ingat tak ape. heheh. saya sekarang ni nak buat entry bahawasanyanye saya da sampai ke Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. bukan bukit tinggi yang kat Indonesia tuuu. saya tak sampai lagi kesana. hehe. ngak ada uang deh.

our first destination at B.T (bukit tinggi) is Japanese Tea House & Botanical garden. B.T ni terletak berhampiran dengan genting higland sikit la. memang syok kot kat B.T ni. udara yang segar dan nyaman sebab kawasan hutan  and cuaca yang sejuk. kami sampai ke B.T ni pada jam 1pm, tapi, cuaca kat sana macam lepas subuh ( cuaca shah alam n KL ). embun je manjang. sejuk. tak ade matahari. hahaha. bukan tak ade. tapi xterik and memang tak terasa pon bahang matahari tuu.

eyh lupe lak nak bagi tau. saya pergi ke B.T ni bersama en. BEE. ngee ( muke gedix )  :p
kami berdua je. saddiisss T__T. tapi besstt. hahahah


sebelum smpai tempat jepun ni. kene daki bukit dulu. tinggi kot. memang penat. tapi sikit pon tak keluar peluh sebab cuaca kat sana sejuk kannnn. gigil2 saya. 


nampak tak kabus - kabus tuuu. best kan? memang best. segar. sooo fresssshhh


abaikan yang ini. :p






dashboard. :)



iklan tak berbayar. :p

*************************************

COLMAR TROPICAL

kat B.T ni tak macam kat genting. sebab ape, setiap tempat, lain2 tempat. paham tak?
contohnye, japanese village ni, paling atas skali.
colmar tropical bawah sikit,
rabbit part park, bawah lagi. 
tu jela yang kami pergi. kami tak explore semua tempat sebab cuaca yang kurang mengizinkan. ujan renyai - renyai. en.Bee cakap, ujan kat atas bukit ni sihat. tak akan demam. hahaha. memandai je dye. tapi betol gak rasenye, sebab saya tak demam pon hari ni. anyway, itu semua kuasa tuhan. 


cuaca yang mendung




mase jenjalan kat cormal tropical ni, ujan renyai - renyai tw. 


saya : "ujan ni. nak redah ke?"
en Bee : "anggap je ini salji sebab sekarang ni kita berada di franc."


hahah. layan sajjaaaaa.


posing sana sini. muahahah


here i am..







thankz to en & miss bla bla. haha. tak tau nama. tapi slalu terserempak dengan pasangan yang capture pic kami ni. kat rabbit park pon terserempak lagi. :)


jangan lihat pinggang n kebawah. saya malu sebab demok. :p


*******************************************

RABBIT PARK


ni kat "baby center". so, kat sini jela yang comel - comel rabbitnye. gebu  semuanya, sebab new born.


kat tempat ni, rabbit dibiarkan bebas bermain dengan guest. tapi dorang ni manja. kena bagi makanan dulu baru dorang akan dekat dengan kita. kalau tidak, memang lari la dorang....


niat nak pegang. tapi xde makanan. so, sumenye lariii. hahahha



dorang ni agak berbau sebab dibiarakn bermain di atas tanah. tak macam yang new born tu. dorang dok dalam sangkar. so, takde la comot.


tempat ni bagi saya, takde la menarik sangat. sebab horse n donkey busuk. huhuh. dorang x mandi. :p

***************************************

THE CURVE, IKANO, AND E@CURVE

kami bergerak pulang ke KL raound 5.30 kot. ntah la, tak bape nak ingat. sebab masing- masing da letih and da tak tau nak buat ape. hehheeh. kat B.T macam da nak gelap, tapi bile sampai kL, masih terang benderang and terik. rase macam nak balik rumah dah, tapi cam awal lagi la plak. hehhe ( gedix ) :p

so, kami pon bergerak la ke the curve. sambil - sambil cuci mata dengan barangan yang di jual,lepas jenjalan tanpa arah tujuu kat the curve tu, kami pon tengok wayang la... tengok cerita ape yang menarik hehhehe. memang tak plan pon, tapi secara tiba - tiba nak tengok wayang. kami TENGOK. bukan BUAT wayang okee. huhuhuh

tetibe saya and en.Bee mcam shock culture. ecececec :p.
yela, tadi siang kemain lagi menghirup udara segar di dalam hutan yang hanya kedengaran bunyi - bunyi burung berkicauan, tetibe datang kL, dengar bunyi bising and bau asap (macam xbiase je aku ni. poyo jap ) :p


THE END
:)

kesimpulannya, B.T ni memang best. kalo uolz pergi kat Colmar Tropical, pukul 3.30 ade show. tarian bogel. hahha. takde la. tarian orang pkai bikini la. laki - laki konpem akan sukeeee. x kelip- kelip mata tengok tarian tu. buktinya, orang sebelah saya. hahaha. ade jugak makcik - makcik yang bawak anak - anak kecik. haha. kecik- kecik da d beri education pasal tarian berbikini. :p






p/s: petang ni ade interview. tu pon if aku rajin pergi. hehehhee


4 comments:

nik rosmawati said...

baru jea pegi sini 2 minggu lepas.best sgt.

eis said...

hahah.
tw xpe.
sejuk je kan...

nelly said...

lawa-lawa gambar ..
=)

eis said...

time kaseh..
heheheh