25 December 2010

bila kebosanan telah tiba.

ini semalam punya kisah.


selepas dapat lesen perlepasan daripada mak untuk ke kolej, aku pon angkat punggung la dari cashier tuh.
tetibe mak sowh pegi kolej. apakah?? sedangkan pada hari itu aku tak ade kelas pon. hahah.
bedal jela.....
zup zap zup zat aku bersiap ( laju la konon ).
.
pakaian. SIAP!
make up. SIAP!
kasut. SIAP!
ambil kunci kereta, panaskan enjin. tunggu 5 minit ( sambil berfikir kemana arah tujuan )

"nak gi mane ek?. xkan kolej kot? aku bukannya ade kelas pon... dok umah boring pulok"
ermmmmmmmmmmmm
rasa bosan mula datang. aku pon keluar la dari tapak parking. membawa kereta tanpa arah tujuan, sambil - sambil tu ade jugak otak aku berfikir mencari tempat untuk melepak.

" arggghhhhh. bedal jela. rase cam nak gi MPH. pegi jela. tapi MPH yang kat mane nak pegi ni"

sesampainya aku aku di tempat biasa yang selalu aku park kereta. KTM "kesayanganku". tujuan aku adalah Midvalley. niat nak pegi MPH sebab nak bace novel free. hahhaha. jahat giler aku ni. nak yang free aje. sowh beli tak mau!.

aku ke Midvalley sorang - sorang je okee ( kesian btol ) hahhaha. saje pegi sorang- sorang sebab kawan2 aku ni bukan la kaki novel cam aku. kalo aku ajak depa teman aku baca novel semata - mata, memang tak kan di layan la ajakan aku itu ye... sumpah lame giler weyh tak bace novel T___T
rindu giler weyh...!!!!!

last novel aku baca ialah "Cinta Kau dan Aku". itupon pinjam orang punye. (",
last aku beli novel ialah novel bla bla bla. ntah aku pon dah lupe bila and what kind of novel sebab da lame giler!! LOL.

mula - mula sampai Midvalley, aku dok bejalan la sampai rasa nak tercabut da kaki ni. sebenarnya nak cari MPH, tapi da lupa di manakah tempatnya. sebab da lame tak pergi MPH kat situ.

nak dekat 3 jam aku berjalan, baru la jumpa mende-alah-tu. rupa - rupanya di bawah sekali seyh. ^__^.  masok - masok je, terus cari novel terbaru dan terhangit.
4 novel aku rembat

1. AD + IZ
2. MASIH SETIA
3. PRINCE CHARMING
4. OMBAK RINDU

ber jam - jam jugak la aku dok melangok kat tempat tu sambil bace buku tuh. novel no 1 best. lawak dan sangat terhibur. karangannya sangat sempoi. no 2, no komen la sebab aku baru baca sampai bab 1 kot. tu pon tak abes lagi. no 3 lagi la aku nngak tawuk! ngak di baca sama sekali sih. no 4 tu de best, de bom n de world. :p

tapi sume itu saya ngak beli ya... keji sungguh perangai saya ni :p . jangan tiru aksi saya ini okee. ( membaca tanpa membeli )

eyh?? ape ni? hahha. abaikan.. aku memang suka ambik, tapi tak belek pon ;p

lepas raaaaaseee da boooooorink bosan, dengan muka tak bersalah, aku pon keluar.
^___^
(ntah-pape punye perangai)

No comments: