10 March 2011

kurus dengan hati gembira!

zaman sekarang ni, dah makin ramai orang demok-demok. kalau kita tengok orang dulu-dulu, badan dorang fit je, langsing dan mantap. faktor yang menyebabkan kegemokan berlaku adalah kerana faktor gaya hidup dan pemakanan yang tidak sehat. sekarang ni pon, orang semua bajet nak makan fast food jeee. McD LA, kfc la, Pizza, Subway dan macam-macam lagi lah fast food yang dijual sekarang ni. dan majoritinya, ramai orang suke makan fast food kan.. yela, senang, cepat, sedap dan juga tinggi kalori. korang bayangkan jela, bape ribu kalori yang terkandung dalam makanan fast food ni. tu pasal la kot badan pon cepat naik kalau di amalkan selalu.

kalau zaman dulu, mane ade sume natang ni, tu pasal la body dorang fit dan risiko untuk kena penyakit tu kurang la. bukan tak bole makan fast food ni.. tapi kena la jarang-jarang.
selain dari itu, bukan fast food je yang boleh buat kita gemok. makan terlalu kerap dan tidak bersenam pon boleh buatkan kita gemok kan..


* hohohoh. korang nak ke body camni sebab x jaga pemakanan? *


okay, cerita pasal bersenam ni, aku nak kongsi dengan korang cara bersenam yang bagi aku best and tidak membosankan.
aku tau, ramai yang tidak suka atau tidak sempat untuk bersenam ni. tak pon, malu nak bersenam (termasok aku). aku ni dikatakan pemalas jugak la kalau bab bersenam ni, pastu suka makan. tapi nak jugak kurus.macam mane tu??
selalunye aku berjogging je, ataupon, main tali skipping kat umah. itu pon aku buat 3 bulan sekali. hahhahahah. bukan 3 kali seminggu k. 
malas kot nak jogging tiap2 hari. pastu malu nak jogging sorang-sorang sebab nanti mesti ada orang pandang. huhuh maluuuuuuu.

ok enough membebel tak tentu hala.
senaman yang aku kata best tu, adalah senaman dancing. dancing tu pon senaman gak tau! sape yang tak tau tu, meyh sini aku tembak kepala ko.
aku dancing kat dalam bilik je. sebab tak ade modal nak masok kelas dancing. hahha. aku tak tau la sejak bila aku terjebak dalam dancing ni. aku tengok cam best je dorang nari-nari goyangkan pinggul. cehhh.  ;p

aku pilih Zumba Dancing. aku tengok dorang nari cam happening giler. sumpah best.
bila aku tengok testimony dorang, rase eksaited nak menari tu semakin membuak2 sebab ianya memang terbukti kot.


* testimony tentang zumba yang mampu kuruskan badan * 


*ni dorang ajar step by step*

best gila belajar dancing. enjoy sangat-sangat. so, takdelah nak malu-malu sebab orang tengok kita bersenam. pastu "gegar" sana sini ( lemak berebihan ). sebab kita hanya perlu menari dalam bilik je. bukan nari atas pentas pon kan.
rugi kalau korang tak try. sebab step zumba ni takde lah susah mane pon. enjoy beb.
maybe orang-orang melayu lebih suka tarian poco-poco. tapi aku tak minat lah. sebab lagu poco-poco tu cam tak rancak sangat. cam zumba ni, rancak la jugak. leh wat break dance lagi tuh ( tipu ) hahahha. baru dengar lagu dah rase nak menari, belom tengok video lagi. 




* syok tengok dorang nari-nari ni. minah ni dance laju sangat. :(  *

aku tengah belajar untuk ikut jejak minah dalam video nih. tangkas betol dia menari, berterabor aku nak tiru step dia. huhuhu. mane la tau kan, kot-kot aku boleh kurus dan matopz macam megan foxxxxx ke kan..


* mengalahkan pompuan tulen body megan foxx ni. *


p/s : jelez kat En. Bee yang boleh kurus dengan cepat . grrrrr

No comments: